PRU15: BN & PH Miliki Kata Sepakat – Sumber
Istilah ini membawa maksud bahawa Anwar Ibrahim untuk Perdana Menteri dan Mohammad Hassan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sumber dalam DAP dan UMNO berkata persetujuan telah dicapai antara BN dan PH.
BACA JUGA: [Dikemaskini] PRU15: Pemimpin PH & BN Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Perjumpaan ‘Rahsia’
Dua orang sumber dalaman memberitahu TRP bahawa syarat perjanjian itu termasuk pengerusi PH dan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri dengan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohammad Hassan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sumber lain turut menambah bahawa perjanjian itu mendapat sokongan GRS, walaupun yang lain tidak dapat mengesahkan tuntutan ini.
Ini bermakna mereka mendapat sokongan sehingga 118 Ahli Parlimen, meskipun Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak sekerasnya daripada bekerjasama dengan DAP dan Anwar. Jumlah berkenaan mungkin menurun kepada 117.
Itu masih akan meletakkan mereka di atas keperluan 112 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri seterusnya.
Bagaimanapun, sumber dalam UMNO mendakwa perjanjian ini mungkin hanya bertahan 6 bulan sehingga Perhimpunan UMNO akan datang di mana presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin tersungkur.
Sumber ketiga berkata perjanjian ini masih menunggu mesyuarat antara seluruh Majlis Tertinggi BN.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.