Now Reading
[Dikemaskini] PRU15: Pemimpin PH & BN Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Perjumpaan ‘Rahsia’

[Dikemaskini] PRU15: Pemimpin PH & BN Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Perjumpaan ‘Rahsia’

Ahli Politik dari parti PH dan BN dilihat bertemu beberapa jam sebelum ‘deadline’ yang diberikan oleh Agong pukul 2 petang untuk menamakan calon Perdana Menteri pilihan mereka hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tiba di Hotel Seri Pacific sejak pukul 9 pagi, yakni sebelum ‘deadline’ pada jam 2 petang untuk menamakan calon Perdana Menteri pilihan mereka seperti yang ditetapkan oleh YDPA.

BACA LANJUT: PRU15: Agong Gesa Pemimpin Parti Serahkan Nama PM Pilihan Pada Jam 2PM, Hari Ini

Agenda mesyuarat itu tidak didedahkan apabila persoalan tersebut ditanyakan oleh rakan-rakan media yang berada di lokasi pada ketika itu.

Beberapa Ahli Politik daripada parti BN dilihat hadir iaitu Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos, dan Ketua BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar.

Di pihak parti PH pula, Pengerusi PH dan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Kota Raja dan Ketua Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga dilihat tiba di hotel tersebut.

Jamal Yunos memberitahu pemberita bahawa beliau hanya datang untuk ‘bersarapan’ di hotel dan akan menyerahkan kepada pemimpin parti untuk memutuskan sama ada mereka akan menyertai Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), atau menjadi pembangkang.

Ketika sidang media, Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat 26 ahli Parlimen BN di hotel itu manakala dua lagi Ahli Parlimen tidak hadir kerana tidak sihat.

Beliau juga berkata sebarang surat yang ditandatangani oleh ahli Parlimen menyokong mana-mana calon Perdana Menteri adalah tidak sah.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan sebarang dakwaan bahawa BN bekerjasama dengan mana-mana parti politik atau menyokong mana-mana calon Perdana Menteri adalah palsu.

Beliau berkata 30 ahli parlimen BN itu terikat dengan keputusan kepimpinan BN dalam perkara itu.

BACA JUGA: The Plot Thickens: Zahid Says BN Never Discussed Forming Government With PN, GPS

Zahid Hamidi juga meminta lebih masa daripada Speaker Dewan Rakyat.

Speaker, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memberi tempoh sehingga 2 petang hari ini kepada pemimpin parti politik untuk mengisytiharkan pakatan mereka dan bagi mana-mana perikatan yang mempunyai kerusi majoriti di Parlimen untuk memilih Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Sembrong dan Bendahari BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tetap dengan penolakannya terhadap Anwar dan DAP, dan sanggup dipecat daripada UMNO oleh disebabkan perkara itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd