Najib Selesai Rawatan Di HRC, Bakal Kembali Ke Penjara Kajang
Najib juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, pada 21 September lalu Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang telah dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan.
Najib telah dirujuk oleh Hospital Kuala Lumpur pada 19 September susulan keadaan kesihatan yang tidak memuaskan di mana ianya selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
BACA LANJUT: Jabatan Penjara Sahkan Najib Jalani Rawatan Di Hospital Rehabilitasi Cheras
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Perjelas Rawatan Yang Diterima Oleh Najib
Hari ini (23 September), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja mengeluarkan kenyataan perihal rawatan rehabilitasi yang diterima oleh mantan Perdana Menteri itu di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Menerusi kenyataan itu, pihak HRC memaklumkan bahawa Najib telah menjalani beberapa pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi sepanjang keberadaan beliau di sana.
Hasil pemeriksaan terkini yang dilakukan terhadapnya oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang baik.
Beliau juga telah diberikan tunjuk ajar oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi HRC dan boleh menjalankan latihan teknik senaman secara kendiri.
Mengulas lanjut, pakar perunding yang berkaitan juga telah mengadakan sidang keluarga (family conference) bersama beliau dan ahli keluarga terdekat, di mana mereka dimaklumkan situasi terkini keadaan kesihatan serta pelan pemantauan HRC telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.