Rahsia Di Sebalik Lantai Sejuk Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Yang Ramai Tak Tahu
Lantai di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dibina menggunakan batu granit berwarna putih yang mampu menyerap haba.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap umat Islam yang pernah mengunjungi tanah suci Mekah pasti akan merindui kota itu selepas pulang ke tanah air. Tak boleh nak digambarkan betapa tenangnya suasana di sana apabila berniat untuk melakukan ibadah haji atau umrah.
Bertuah siapa yang diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berdiri di hadapan Kaabah. Mesti best kan?
BACA JUGA: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah
Sejarah lantai di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Terbaharu, seorang pengguna Twitter (isu semasa viral) berkongsi kisah sejarah pembinaan lantai di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Mekah. Kalau anda perasan, kawasan ini seolah-olah bercahaya jika dilihat dari satelit.
Lantai berbatu putih yang digunakan di tempat beribadah itu dipasang oleh seorang arkitek bernama Almarhum Muhammad Kamal Ismail.
Arkitek ini telah menamakan lantai yang berasal dari Pulau Thassos, Greece sebagai Thassos Marble.
Al marhum Muhammad Kamal Ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Yang dinamakan dengan nama
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
رخام ثاسوس ابيض
(Rukham thassus abyad)
Iaitu Batu Marble Thasus Putih
Kenapa pilih baru granit bewarna putih?
Untuk pengetahuan anda, arkitek berkenaan sengaja memilih baru granit berwarna putih di sekitar Kaabah dan Masjidil Haram adalah kerana adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas.
disekeliling Kaabah dan dikawasan lain didalam Masjidil Haram. Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas. Kerana itulah ia sejuk. Cerita yang mengatakan dibawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas, tidak benar sama sekali.
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
Warna putih pula dipilih kerana hanya terdapat di satu bukit kecil di sebuah pulau bernama Thassos di Greece atau Yunani.
perjanjian kerjasama sebagai pembeli dengan syarikat pemilik batu granit ini. Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan Masjidil Haram. Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong granit itu
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
Takdir Tuhan temukan batu granit dengan pembeli lain
Selepas 15 tahun, kerajaan Arab Saudi meminta arkitek yang sama untuk memasangnya di seluruh lantai Masjid Nabawi pula. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana batu granit berwarna putih kesemuanya telah habis dibeli.
Berita itu membuatkan arkitek berkenaan terlalu sedih kerana tidak dapat memasangnya di Masjid Nabawi dan bertindak untuk mencari individu yang telah membeli kesemua batu granit berwarna putih.
Kemudian tergerak hati untuk bertanya siapakah pemilik yang telah membeli kesemua batu-batu tersebut. Pemilik Syarikat menjawab, kami tidak pasti,
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
kerana sudah terlalu lama. 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya.
Tidak lama kemudian, arkitek tersebut telah berjumpa dengan pembeli batu granit itu dan bercadang untuk membawa pulang bahan yang ingin dimilikinya dengan sejumlah bayaran.
Tetapi lain pula yang terjadi selepas pembeli berkenaan berniat untuk menghadiahkan kesemua batu tersebut selepas mendengar kisah yang dilalui oleh arkitek dari Mekah itu.
“Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu..
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
Dan Allah lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang aku pun tidak pasti kenapa.
Rupa-rupanya, pembeli itu ditakdirkan oleh Tuhan untuk membeli batu granit tersebut tanpa mengetahui tujuan sebenar lalu menyimpannya di dalam gudang selama bertahun-tahun.
Dan kini aku faham tujuannya.”
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
Rupanya pemilik itu seolah digerakkan hatinya untuk membeli batu-batu itu dan dia sendiri tidak tahu tujuan sebenar dia membeli. Kerana setelah itu dia sendiri lupa akan perihal batu-batu itu.. Disimpan di gudang nya bertahun-tahun tanpa disentuh.
Kemudian, batu granit berkenaan diserahkan kepada arkitek itu untuk diuruskan dalam proses menyiapkan lantai Masjid Nabawi.
Bukan manusia sahaja yang beribadah. Subhanallah. Semoga Allah cucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea pada usaha yang murni ini. Aamiin.
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 28, 2022
Kredit pada penterjemah asal.
Sumber Cerita: Dr. Zaglool Al-Najjar, Geologis Mesir
Kepada anda yang ingin membaca kisah sepenuhnya, boleh klik [DI SINI].
Sesiapa yang pernah pergi ke kota Mekah pasti pernah merasai sendiri kesejukan lantai di sana walaupun suhu pada ketika itu agak panas. Tak terbayang betapa besarnya ganjaran pahala yang diperolehi oleh setiap penyumbang kepada pembinaan ini.
BACA JUGA: Penerbangan Pertama Haji Rakyat Malaysia Dijangka 4 Jun Ini
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.