Lelaki Ini Kongsi Tips Untuk ‘Hack’ Produktiviti. Khas Buat Procrastinator!
Menurutnya, The Zeigarnik Effect ini telah diceritakan oleh seorang pakar Psikologi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seorang atlet kelahiran Malaysia iaitu Abudi Alsagoff – yang mempunyai darah campuran keturunan Arab, Melayu dan Cina juga adalah salah seorang artis freerunner atau parkour profesional dari Malaysia.
Jika anda mengikutinya di media sosial termasuk Twitter dan Facebook, pasti anda turut akan menjumpai tips kehidupan yang menarik dikongsi olehnya.
Malah, ada juga beberapa posting mengenai isu semasa yang dikupas di posting media sosial.
Menarik dan informatif.
Tips untuk ‘hack’ produktiviti
Pada bulan Julai lalu, salah satu posting di Facebook Abudi Alsagoff telah meraih perhatian warganet dan berjaya meraih lebih 38,000 perkongsian ketika artikel ini ditulis.
Perkongsian melalui tangkap layar Twitter miliknya itu dikongsikan kembali di Facebook mengenai tips untuk orang ramai ‘hack’ produktiviti ketika melakukan sesuatu.
Menurutnya, The Zeigarnik Effect ini telah diceritakan oleh seorang pakar Psikologi.
Baca dan fahami perkongsian di bawah:
Tapi ramai juga yang masih tertanya-tanya, bagaimana cara untuk ‘hack’ cara berfikir bagi mencapai produktiviti yang bukan berkenaan dengan kreatif?
Konsep yang paling mudah untuk praktik – jangan fikir sesuatu kerja atau perkara itu susah.
Boleh mula dulu, dan nanti motivasi akan datang dengan sendirinya.
Menarik bukan?
Jadi, buat procrastinator di luar sana – ini sememangnya perkara atau masalah yang sering dilalui setiap hari. Tapi percayalah, ada jalan keluar untuk setiap masalah.
Yang penting, mindset harus positif – then you’re good to go! 🙂
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.