Now Reading
Pekerja ‘Non-Essential’ Tidak Dibenarkan Keluar Dari Kawasan PKPD

Pekerja ‘Non-Essential’ Tidak Dibenarkan Keluar Dari Kawasan PKPD

Sebanyak 1,878 aduan diterima menerusi aplikasi Working for Workers (WSW) membabitkan isu majikan tidak membenarkan pekerja BDR, antara 23 Mei hingga semalam (1 Julai).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa kerajaan telah meletakkan beberapa buah daerah di Selangor dan beberapa lokaliti kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula dari 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021.

BACA SINI: [TERKINI] PKPD Di Beberapa Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Kuala Lumpur Bermula 3 Hingga 16 Julai

Menurut laporan, pekerja bukan dalam perkhidmatan perlu atau ‘non-essential’ tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk ke tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata majikan dikehendaki membenarkan individu terbabit bekerja dari rumah (BDR).

Majikan juga digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan khususnya daripada segi kapasiti kehadiran pekerja di pejabat.

(Kredit: Pixabay)

Kementerian menerima banyak aduan daripada pekerja mengatakan diugut majikan untuk hadir bekerja dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diberhentikan kerja. Oleh itu jika pekerja masih diarahkan oleh majikan untuk hadir ke tempat kerja, aduan boleh disalurkan kepada kementerian menerusi aplikasi Working for Workers (WFW).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau turut menambah bahawa sebanyak 1,878 aduan diterima menerusi aplikasi WFW membabitkan isu majikan tidak membenarkan pekerja BDR, antara 23 Mei hingga semalam (1 Julai).

Selangor rekod jumlah tertinggi

Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 696 aduan diikuti Kuala Lumpur (505), Johor (196) dan Pulau Pinang (123).

Dari 1 Jun hingga semalam, sejumlah 59 kompaun berkaitan ketidakpatuhan kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat dan tempat kerja dikeluarkan agensi penguatkuasaan di bawah kementerian seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Dengan pelaksanaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur bermula 3 Julai, kementerian akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan mengikut akta berkaitan. Kita menyeru supaya majikan mematuhi SOP PKPD ditetapkan sebagai langkah bersama bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd