Now Reading
Laporan Polis Dibuat Ke Atas TRP Lepas Keluarkan Artikel Menteri Kesihatan Tersasul “Spanish Fly”

Laporan Polis Dibuat Ke Atas TRP Lepas Keluarkan Artikel Menteri Kesihatan Tersasul “Spanish Fly”

Laporan polis tersebut telah dibuat pada 12 Julai 2021.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu laporan polis telah dibuat terhadap The Rakyat Post kerana didakwa memfitnah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam artikel bertajuk; #SpanishFly Trends As Health Minister Adham Baba Makes Oopsie At Press Conference.

BACA SINI: #SpanishFly Trends As Health Minister Adham Baba Makes Oopsie At Press Conference

Artikel tersebut telah dimuat naik oleh pihak TRP, dan kemudiannya dibalas dengan Tweet yang bersertakan gambar laporan tersebut. Dikatakan seorang peguam berumur 44 tahun telah membuat laporan tersebut atas permintaan Menteri Kesihatan itu sendiri.

Dalam pesanan WhatsApp yang sama, YB Menteri Kesihatan telah mengarahkan untuk membuat laporan polis ke atas The Rakyat Post kerana menerbitkan artikel tersebut pada 12 Julai di mana pada pengakhiran artikel, penerbitan itu bersikap sinis dalam kenyataan mereka dengan mengatakan bahawa; Kami cukup yakin ini afrodisiak pastinya tidak seperti yang difikirkan oleh Adham Baba ketika dia menyebut ‘Spanish Fly’ dalam konteks Covid-19. Bagaimanapun, serangga tersebut tidak membunuh lebih 20 juta orang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laporan itu, TRP menghantar seorang kakitangan ke balai polis Presint 11 untuk membuat pengesahan tentang laporan tersebut dan sememangnya ada laporan yang dibuat.

Walaupun pihak polis pada ketika itu bersikap ramah, mereka menolak permintaan untuk mengemukakan salinan atau mendedahkan di mana ia dilaporkan.

Selain The Rakyat Post, beberapa akaun Twitter juga disebut dalam laporan polis itu.

Laporan polis yang dibuat ke atas pihak TRP.

Get ready with some “HOT” water when PDRM starts the investigation. pic.twitter.com/0U012anl6O

Peoples Power (@PeoplesPower8) July 12, 2021

Namun begitu, tweet yang dimuat naik di atas telah dipadam oleh pengguna Twitter tersebut setelah artikel dari pihak TRP dikeluarkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 + 10 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd