Now Reading
Kadar Kebolehjangkitan Malaysia Berada Pada Tahap 1.0 Dua Hari Berturut – Dr Noor Hisham

Kadar Kebolehjangkitan Malaysia Berada Pada Tahap 1.0 Dua Hari Berturut – Dr Noor Hisham

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa buah negeri yang dilihat berada pada tahap melebihi nilai R 1.0.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (RT) Malaysia setakat hari ini berada pada tahap 0.97 pada 7 Jun.

Ianya menjadikan hari semalam sebagai hari kedua kadar tersebut dicatatkan berada di bawah nilai R 1.0, dengan menyaksikan penurunan yang stabil dari 29 Mei 2021 ketika kadarnya 1.16.

Beberapa buah negeri juga dilihat mengalami penurunan yang sama iaitu tercatat di bawah 1.0:

  • Penang (0.98)
  • Kelantan (0.97)
  • Putrajaya (0.93)
  • Kedah (0.95)
  • Terengganu (0.96)
  • Perlis (0.92)

Walau bagaimanapun, beberapa buah negeri dilihat masih berada melebihi nilai R 1.0:

  • Selangor (1.03)
  • Sabah (1.16)
  • Johor (1.01)
  • Melaka (1.03)
  • Kuala Lumpur (1.04)
  • Labuan (1.26)
  • Negeri Sembilan (1.17)
  • Perak (1.01)
  • Sarawak (1.04)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd