Starbucks Malaysia Mungkin Berhadapan Tindakan Undang-Undang Akibat Dakwaan Salah Eja Nama
Seorang pelanggan Starbucks mendakwa Starbucks Malaysia menulis perkataan ‘Babi’ pada pesanan minumannya, dan bukan namanya iaitu Bavi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Seorang pelanggan Starbucks Malaysia yang tidak berpuas hati mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang setelah ejaan namanya dikatakan salah.
Bavitra Ramachandran mendakwa seorang barista telah menulis perkataan ‘Babi’ pada pesanan minumannya, dan bukan namanya, Bavi.
Dia membuat hantaran di media sosial dan menyatakan niatnya untuk menyaman syarikat kopi tersebut.
Namun begitu, hantarannya didapati telah dipadam.
Gila nak hire lawyer RM10K semata sbb staff starbucks salah tulis nama BABI instead of BAVI.
— Mama 3Js (@Jikook97958) May 16, 2023
Benda blh complaint direct dkt kaunter.. socmed jgk dia buat.
Dey paria bavi kau boleh je kan direct complaint dkt manager situ. Mintx refund + compesation.
BABI BETHOLL PERANGAI 🤦♀️
Bavitra berkata kesalahan itu tidak boleh diterima dan pekerja Starbucks Malaysia sepatutnya tahu tiada sesiapa yang bernama ‘Babi.’
Kejadian itu dikatakan berlaku sama ada di Starbucks Sunway Medical Centre atau Starbucks Sunway Velocity.
Ia menimbulkan kekecohan di media sosial, dengan ramai individu meminta syarikat tersebut supaya mengambil tindakan untuk mengelak kesalahan yang sama daripada berulang.
Netizen turut mengkritik Starbucks kerana gagal mendidik pekerjanya untuk menjadi lebih bertanggungjawab apabila menulis nama pelanggan.
Mereka juga berkata kesalahan sebegitu tidak boleh diterima dalam industri makanan dan minuman.
Sebaliknya, ada juga yang mencadangkan Bavitra supaya memaafkan dan melupakan kejadian perkara itu mungkin hanya salah faham.
Mereka menambah bahawa tiada keperluan untuk mengambil peguam bagi mengendalikan kes seperti ini.
Damage yang dia dapat adalah setelah dia sendiri yang viral kan nama “babi” tu sedangkan ianya “bavi” . Sendiri yang nak malukan diri sendiri, tiber nak saman starbucks. Lols sangat
— Linda Razak 🇵🇸 (@Lindaaarazak) May 17, 2023
Pihak TRP telahpun menghubungi pihak Starbucks untuk mengesahkan isu yang timbul ini. Walau bagaimanapun, pihak mereka memaklumkan tidak menerima aduan rasmi dan enggan mengulas tentang kes tersebut.
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.