Now Reading
[Dikemaskini] PKNS Nafi Dakwaan Kompleks PKNS Shah Alam Akan Dirobohkan, Bakal Buat Laporan Polis

[Dikemaskini] PKNS Nafi Dakwaan Kompleks PKNS Shah Alam Akan Dirobohkan, Bakal Buat Laporan Polis

Menurut PKNS, tiada perancangan untuk merobohkan kompleks ikonik berkenaan sebaliknya ia adalah sebahagian daripada usaha peremajaan bagi ibu negeri Selangor itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


[Kemaskini] PKNS sebentar tadi menafikan dakwaan dan laporan media mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam itu.


Bagi penduduk sekitar Shah Alam, pastinya anda ‘familiar’ dengan pusat membeli-belah SACC Mall dan juga Kompleks PKNS yang menjadi lokasi setiap kali mahu mendapatkan baju raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bangunan Kompleks PKNS yang sudah berusia 47 tahun dan SACC Mall yang sudah 19 tahun dibuka sudah pasti menyimpan pelbagai nostalgia bagi masyarakat setempat.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini ni tular dakwaan yang kedua-dua bangunan berkenaan akan dirobohkan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pembangunan baharu di lokasi terbabit.


Tular Dakwaan Kompleks PKNS Dan SACC Mall Akan Dibina Semula

Dakwaan penutupan Kompleks PKNS dan SACC Mall ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman X (@mhxqlr) dan meraih pelbagai reaksi dari netizen.

Meskipun tiada pengesahan lanjut mengenai perkara itu, boleh dikatakan kebanyakan netizen meluahkan rasa sedih dengan perkara itu apatah lagi dua bangunan tersebut mempunyai pelbagai memori sejak dari tahun 80an.

Malah, ada juga yang mengatakan mereka bakal merindui suasana di sana terutamanya ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bazar Ramadan.

“PKNS tu tempat bazar ramadan dan tempat shopping raya paling best di sekitar Shah Alam,” ujar netizen.

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat lagi mendapatkan hidangan kegemaran mereka di sana seperti muffin dan ayam goreng.

Kesedihan itu turut diluahkan oleh penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana menerusi satu ciapan balas.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang bersetuju sekiranya dakwaan berkenaan adalah benar. Ini kerana usaha meroboh dan membina semula kedua-dua bangunan berkenaan dapat menaikkan semula imejnya kerana struktur bangunan itu pada masa kini sudah buruk.

“Lebih baik sebab nampak buruk benau (benar) walaupun beberapa kali cuba diperbaharui,” kata netizen.

Meskipun wujud sesetengah pihak yang berpendapat struktur kedua-dua bangunan sudah buruk, tetapi ada pihak yang berpendapat ia tidak sepatutnya dirobohkan kerana akan mengubah reka bentuk pembangunan Shah Alam yang bersifat nostalgia.

Sumber: X

PKNS Nafi Kompleks PKNS akan dirobohkan

[Kemaskini] PKNS sebentar tadi menafikan dakwaan dan laporan media mengenai cadangan merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam itu.

PKNS dalam satu kenyataan, menegaskan bahawa tidak ada sebarang perancangan untuk merobohkan kompleks ikonik berkenaan sebaliknya ia adalah sebahagian daripada usaha peremajaan bagi ibu negeri Selangor itu.

“Perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Seksyen 14 ini adalah sebahagian daripada usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.

“Projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion itu akan membabitkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC di mana dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak membabitkan bangunan Kompleks PKNS.

“Sebaliknya, kawasan ini akan dinaik taraf untuk menyediakan kemudahan lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat,” katanya.

PKNS dalam satu kenyataaan yang dikongsikan di Facebook berkata, pihaknya kesal dengan dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan.

Sehubungan itu mereka akan membuat satu laporan polis ekoran dari penyebaran berita tidak benar itu.

“Kami juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan penyebaran laporan yang tidak benar sama sekali,” katanya.


Penubuhan Semula Kompleks PKNS Dan SACC Mall

Sebelum ini media melaporkan, tindakan untuk merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall itu adalah untuk memberi laluan kepada penubuhan projek PKNS Square di Seksyen 14.

Selain Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall, terdapat dua lagi lokasi yang akan dirobohkan dan dibangunkan semula iaitu:

  • Lot 465: Pusat Konvensyen Shah Alam
  • Lot 10069 Tempat letak kereta

Sebagai info, cadangan untuk merobohkan Kompleks PKNS telah menular sejak tahun 2001 lagi.

Sumber: X

Projek Dataran PKNS merupakan sebahagian daripada pelan pemulihan bandar yang lebih besar di sekitar Shah Alam dan akan lebih memberi fokus kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD) dan Konsep Bandar Pintar.

Pelan tersebut juga adalah rancangan bagi menjadikan Shah Alam sebagai bandar bebas karbon.

Sumber: X

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas menjelaskan bahawa projek itu dilakukan bertujuan untuk menaik taraf bangunan menggunakan sistem air sejuk berpusat (centralized chill water system).

Projek ini dijangka mengambil masa beberapa tahun dan kami berharap dapat menyiapkan lebih 90% menjelang 2028.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas

Sejarah Bangunan Kompleks PKNS Shah Alam Dan SACC Mall

Kompleks PKNS dibina pada tahun 1977 untuk menempatkan operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan juga pernah menjadi lokasi ibu pejabat bagi kerajaan negeri Selangor.

PKNS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan bagi negeri Selangor.

Sumber: TripAdvisor

Bagi SACC Mall pula, pusat membeli-belah ini dibina pada 1 Disember 2005 dan telah beroperasi selama 19 tahun sehingga ke tahun ini.

Antara premis perniagaan yang dibuka di pusat membeli-belah ini adalah:

  • Giordano
  • British India
  • Anakku
  • Aster Spring
  • Butik Sireh Pinang
  • Gene Martino
  • Secret Recipe
  • Aroi Thai
Sumber: Selangor Tourism

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd