Now Reading
Blogger Sepanyol Dedah Diperkosa 7 Lelaki Ketika Jelajah Motosikal Di India

Blogger Sepanyol Dedah Diperkosa 7 Lelaki Ketika Jelajah Motosikal Di India

Wanita berkenan menjelaskan bahawa motif serangan terhadap dia dan suami dilakukan adalah kerana individu-individu terlibat hanya ingin merogolnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, dunia telah digemparkan dengan berita sepasang pelancong warganegara Sepanyol yang dilaporkan menjadi mangsa samun dan rogol oleh sekumpulan lelaki di India.

Kejadian berlaku semasa pasangan terbabit yang turut dikenali sebagai ‘Traveller Blogger’ sedang melakukan jelajah motosikal di negara berkenaan.


7 Lelaki Rogol Warga Sepanyol Ketika Ingin Bermalam Di Dumka

Menurut laporan Al-Jazeera, pihak berkuasa India telahpun berjaya menahan empat (4) individu yang disyaki terlibat dalam kes rogol dan samun itu. Dan untuk rekod, pasangan tersebut difahamkan telahpun diserang pada hari Jumaat (1 Mac 2024) oleh tujuh suspek ketika mereka berada di Timur India, Jharkhand.

Vicente & Fernanda.

Mengulas lanjut, ketika kejadian berlaku pasangan itu sedang menghentikan jelajah motosikal di Dumka untuk tujuan berehat seketika dan bermalam dengan memasang khemah. Walau bagaimanapun, mereka selepas itu telah diserang oleh individu terlibat.

Memetik The Indian Express, Ketua Polis Jharkand Ajar Kumar Singh memaklumkan bahawa kesemua baki individu telah dikenalpasti dan akan diberkas dalam kadar segera.


Ingin Merogol Jadi Motif Serangan

Satu video tular telah dimuat naik menerusi Instagram Story (IGS) mangsa iaitu wanita berkenaan yang dikenali sebagai Fernanda. Dia menjelaskan bahawa motif serangan terhadap mereka dilakukan adalah kerana individu-individu terlibat ingin merogolnya.

“Mereka telah menyerang dan merompak kami, walaupun tidak banyak barang yang diambil kerana apa yang mereka mahukan adalah merogol saya,” jelasnya.

Menerusi video lain pula, Vicente iaitu suami kepada mangsa dilaporkan telah dipukul berkali-kali di bahagian kepala dengan topi keledar sehingga menyebabkan kecederaan di mulut.

Setelah kejadian, sebuah kereta peronda polis telah menyelamatkan pasangan tersebut dan membawa mereka ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Untuk rekod, insiden menyayat hati itu terjadi saat mereka berdua sedang dalam perjalanan keluar daripada negara berkenaan dan menuju ke Nepal. Malah, sebelum ini mereka juga pernah menjelajah ke Sri Lanka dan Pakistan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd