Now Reading
“Sebab Itu Makan Minum Duduk, Jangan Berjalan!” – Wanita Ini Terpaksa Bayar Ganti Rugi, Kopi Tumpah Pada Topi

“Sebab Itu Makan Minum Duduk, Jangan Berjalan!” – Wanita Ini Terpaksa Bayar Ganti Rugi, Kopi Tumpah Pada Topi

“Baru ada akai”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malang tidak berbau.

Ada sebab kenapa kedai pakaian tidak membenarkan para pelanggan untuk membawa makanan dan minuman masuk ke dalam premis mereka. Insiden tidak diingini masih boleh berlaku walaupun pelanggan yakin mereka sama sekali tidak akan menumpahkan makanan/minuman yang dibawa masuk.


Kopi Tumpah & Terpercik Pada Topi Dalam Butik Mahal

Walau bagaimanapun, satu kejadian telah berlaku baru-baru ini dan kami yakin ia pasti mampu untuk menjadi pengajaran buat orang ramai. Seorang netizen berkongsi pengalaman pahit di mana dia terpaksa membayar ganti rugi semua topi yang telah terkena percikan air kopi yang dibawa masuk ke dalam butik tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di laman Facebook Penang Kini, pelanggan itu tumpahkan kopi di atas lantai dan air berkenaan terpercik pada beberapa topi yang dipamerkan.

Satu gambar menunjukkan resit panjang menunjukkan pelanggan tersebut membayar kerosakan berkenaan. Namun, jumlah kos kerosakan tidak didedahkan.

Menurut laporan Oriental Daily, dia terpaksa membayar harga lebih dari sepuluh topi di kedai itu.

Kejadian malang ini haruslah menjadi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati ketika membawa makanan dan minuman ke dalam kedai pakaian. Atau lebih baik anda tidak membawa makanan dan minuman masuk ke dalam jika tidak ingin perkara seperti ini berulang lagi.

Bocor juga poket nanti.


Anak Penyanyi Popular, Tomok, Pernah Tertumpah Pewarna Kuku

Sebelum ini, satu lagi kejadian serupa berlaku pada bulan April tahun lalu apabila anak kepada penyanyi, Tomok membawa botol pewarna kuku ke Levi’s Outlet dan tumpahkan isinya ke beberapa baju dan jeans berjenama.

Oleh itu, Tomok, dilaporkan terpaksa membayar kerugian sebanyak RM5,593 untuk pakaian yang terjejas pada ketika itu.

Baca Artikel Berkaitan: Tomok Ends Up With Over RM5k Levi’s Clothes After 2-Year-Old Daughter Spills Nail Polish In Store


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd