Now Reading
[Video] Murid Sekolah Buat Persembahan Koir Hari Terakhir Guna Satu Sekolah Sebagai ‘Pentas’

[Video] Murid Sekolah Buat Persembahan Koir Hari Terakhir Guna Satu Sekolah Sebagai ‘Pentas’

Murid perempuan yang dilantik sebagai ketua koir juga dilihat berada di balkoni pada tingkat paling atas bangunan sekolah sambil memberi panduan kepada murid-murid lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, persekolahan bagi sesi 2023/2024 telah berakhir pada semalam (8 Januari) sebagai hari terakhir mereka sebelum cuti persekolahan bermula.

Bagi murid-murid yang Darjah 6, pastinya sesi persekolahan akan datang memberi perubahan baharu apabila perlu bertukar dari sekolah rendah kepada sekolah menengah.

Perpisahan di antara rakan-rakan sekelas akan membuatkan sesetengah daripada berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kenalan rapat selepas ini.


Murid Guna Kawasan Sekolah Sebagai ‘Pentas’ Untuk Lakukan Persembahan

Bagi memperingati hari terakhir persekolahan sesi 2024/2025, sebuah sekolah telah mengadakan persembahan koir istimewa daripada murid-murid mereka.

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (Twitter @localrkyt), persembahan koir itu dilihat tampil dengan keunikannya tersendiri apabila menggunakan sekitar kawasan sekolah sebagai ‘pentas’ mereka.

Kebiasaannya pihak sekolah sudah menyediakan pentas sebagai tempat untuk melakukan persembahan, tetapi ia agak berbeza bagi koir kali ini di sekolah terbabit.

Malah, murid perempuan yang dilantik sebagai ketua koir juga dilihat berada di balkoni pada tingkat paling atas bangunan sekolah sambil memberi panduan kepada murid-murid yang lain.

Di sebalik nyanyian koir dengan lagu Memori Tercipta dari Shila Amzah, kelihatan beberapa orang murid cuba untuk menahan sebak dan saling berpelukan di akhir persembahan kerana sebak dengan perpisahan di antara mereka.

Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengenal pasti lokasi sekolah yang melakuan persembahan koir yang syahdu itu.


Persembahan Koir Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Rakaman video persembahan koir itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen selepas rata-ratanya memuji pihak sekolah yang memberi keizinan kepada para murid untuk melakukan aktiviti tersebut pada hari terakhir mereka.

Sesetengah netizen mendakwa mereka tidak boleh berbuat demikian sebelum menamatkan zaman persekolahan dan dipaksa untuk mengawal tingkah laku.

“Zaman sekolah dulu kalau buat macam ni, mesti masuk bilik guru kena pandang,” ujar netizen.

Netizen juga berpendapat bahawa aktiviti untuk murid sekolah zaman sekarang lebih kreatif kerana mempunyai persembahan dan sebagainya.

“Bestnya budak zaman sekarang. Dulu habis UPSR, habis gitu je. Tak ada majlis perpisahan,” kata netizen.

Sementara itu, segelintir netizen pula berkata bahawa lagu Memori Tercipta oleh Shila Amzah itu adalah pilihan lagu yang sangat sesuai setiap kali berlaku perpisahan dalam kalangan kenalan.

Sumber: X (Twitter)

Kepada adik-adik yang sudah tamat sekolah rendah dan akan melangkah ke alam lebih dewasa, buat yang terbaik dan semoga terus kuat untuk menghadapi cabaran seterusnya.

Paling penting, cuba untuk kekalkan hubungan dengan kawan-kawan lama walaupun sudah berlainan sekolah pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd