Now Reading
[Video] Pintu Rumah Elektronik Rosak, Wanita Upah Kren Untuk Masuk Ikut Balkoni Di Tingkat 4

[Video] Pintu Rumah Elektronik Rosak, Wanita Upah Kren Untuk Masuk Ikut Balkoni Di Tingkat 4

Idea untuk memasuki rumah daripada balkoni di tingkat empat itu tercetus selepas dia melihat seorang pekerja berada di atas kren yang tinggi untuk memotong pokok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini boleh dikatakan terdapat banyak teknologi yang semakin canggih seperti adanya kenderaan elektrik, pembayaran wang tanpa tunai dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: “Keluar Lepak Bawa iPhone Je Lepas Ni” – Sah! Apple Pay Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Kini Boleh Guna Maybank QRPay Di China

Bukan itu sahaja, pintu rumah sekarang pun sudah ada pintu elektronik dan tidak memerlukan penggunaan kunci untuk membukanya.

Bercakap tentang pintu elektrik, terdapat satu kejadian yang berlaku di Selangor baru-baru ini melibatkan seorang penghuni rumah yang memiliki pintu rumah jenis elektronik.


Wanita Masuk Rumah Tingkat 4 Ikut Balkoni Selepas Guna Bantuan Kren

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Tammy Kin Nee, seorang wanita menghadapi masalah apabila pintu masuk rumah jenis elektronik miliknya dikatakan tidak boleh diakses dan menyebabkan dia tidak boleh masuk ke dalam kediamannya.

Wanita yang dipanggil sebagai Ng itu memberitahu kepada The Straits Times bahawa pintu elektronik tersebut mengalami masalah pada Ahad lalu (21 Januari) sekitar jam 2:00 petang.

Wanita tersebut pada mulanya berdepan dilema sama ada mahu membiarkan dirinya terperangkap di luar rumah atau memecahkan pintu berkenaan.

Sumber: Facebook Tammy Kin Nee

Keadaan bertambah keruh lagi apabila dia tertinggal kunci utama pintu berkenaan di dalam rumahnya.

Kalau saya pecahkan pintu, saya perlu bayar RM800 (S$226) untuk membaiki kerosakan dan tambah lagi RM2,000 hingga RM3,000 (S$566 hingga S$850) untuk ganti semula pintu elektronik.

Tammy Kin Nee.

Tetapi kedua-dua situasi itu tidak berlaku selepas wanita berkenaan mengambil keputusan untuk mengupah kren untuk membawanya ke balkoni rumah di tingkat empat.

Idea itu tercetus selepas dia melihat seorang pekerja berada di atas kren yang tinggi untuk memotong pokok.

Tidak lama selepas itu, Ng menghubungi syarikat yang menawarkan servis menyewa kren untuk membantunya memasuki ke kediamannya melalui pintu balkoni yang tidak dikunci.

Berkata kepada China Press, wanita tersebut telah membayar sewa berjumlah RM500 (S$141).

Selepas lima minit menaiki kren itu, Ng berjaya memasuki balkoni rumahnya dengan selamat.


Apa Perlu Buat Jika Pintu Elektronik Rosak?

Memetik iProperty, pintu digital yang sudah banyak digunakan pada zaman ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Antara kebaikan menggunakan pintu jenis elektronik adalah:

  • Boleh diakses dari jarak jauh.
  • Mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
  • Perompak sukar untuk menceroboh masuk.

Namun dari segi kekurangannya, pintu jenis elektronik ini boleh mengalami masalah sekiranya bateri sudah tamat tempoh dan bimbang jika sistem pintu tersebut boleh digodam.

Berikut adalah tips untuk memilih kata laluan yang selamat bagi mengunci pintu masuk jenis elektronik:

  • Jangan pilih kod laluan peribadi seperti tarikh lahir atau nombor yang boleh diteka selepas melakukan sedikit kajian mengenai butiran peribadi anda.
  • Pastikan ia pendek dan ringkas.
  • Gabungkan nombor yang bermakna dalam susunan rawak.
  • Tukar kod laluan sekali setiap beberapa bulan.
  • Jangan catatkan kata laluan atas kertas yang boleh dijumpai oleh orang ramai.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd