Now Reading
Niat Mahu Beramal, Ikan Siakap 90 Sen Laris Terjual 1,000 Ekor Dalam Sejam

Niat Mahu Beramal, Ikan Siakap 90 Sen Laris Terjual 1,000 Ekor Dalam Sejam

Walau bagaimanapun, ikan siakap berharga 90 sen seekor itu hanya terhad kepada 1,000 ekor pertama sahaja dan seorang pelanggan hanya boleh membeli tidak melebihi enam ekor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali pembukaan atau perasmian sesuatu premis perniagaan dilakukan, pasti pemiliknya akan membuat perkara yang lain daripada lain sebagai simbolik kepada hari istimewa tersebut.

Kebiasaannya pemilik perniagaan akan memberikan tawaran diskaun kepada pelanggan mereka bagi menghargai sokongan yang diberikan.


Peniaga Jual Ikan Siakap 90 Sen Seekor Di Terengganu

Memetik Berita Harian, seorang usahawan iaitu Sauffian Sauji berusia 36 tahun telah menawarkan harga jualan ikan siakap yang sangat murah kepada para pelanggannya.

Harga itu adalah serendah 90 sen untuk seekor ikan siakap sempena pembukaan cawangan keempat premis perniagaannya iaitu ‘Ikang Flyover’ di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu pada hari ini (3 Januari).

Jualan dengan harga murah itu dilakukan bagi membantu masyakarat setempat yang rata-ratanya terkesan dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, ikan siakap berharga 90 sen seekor itu hanya terhad kepada 1,000 ekor pertama sahaja dan seorang pelanggan hanya boleh membeli tidak melebihi enam ekor.

Sumber: Facebook Ramlee Al Hussaini

Selepas 1,000 ekor ikan siakap laris dijual dalam tempoh satu jam, harga ikan tersebut kembali pada asal iaitu RM10 untuk tiga ekor atau RM5 seekor pada hari biasa.

Sambutan memang menggalakkan apabila orang ramai sudah berada di kedai seawal jam 6 pagi walaupun kedai sepatutnya beroperasi jam 8 pagi dan kita berterima kasih serta terharu dengan sokongan diberikan.

Pemilik premis ‘Ikang Flyover’, Sauffian Sauji.

Pelanggan Puji Inisiatif Peniaga Jual Ikan Harga Murah

Ketika ditemui oleh wartawan Berita Harian, salah seorang pelanggan dikenali sebagai Ismail Ngah berusia 67 tahun telah memuji inisiatif peniaga berkenaan kerana membuat jualan murah.

Menurutnya, jualan tersebut secara tidak langsung telah membantu orang ramai memandangkan harga barangan kini semakin meningkat.

Sumber: Facebook Ramlee Al Hussaini

Saya datang ke sini jam 8 pagi dan ketika itu pun, orang sudah ramai menunggu. Tetapi Alhamdulillah, dapat juga beli bekalan ikan untuk seminggu dan memang berbaloi. Walaupun hanya hari ini ia dijual dengan harga promosi tetapi ia tetap menguntungkan pembeli

Pelanggan.

Antara cawangannya yang lain di Terengganu adalah di Kampung Tualang, Manir; Flyover Durian Burung dan Kampung Gong Kiat, Padang Midin.

Selain ikan siakap, premis perniagaan ini juga menjual pelbagai jenis haiwan laut seperti udang, ikan, kerang dan sebagainya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd