Now Reading
Wanita Maut Akibat Keracunan Disyaki Selepas Makan Sandwich Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Wanita Maut Akibat Keracunan Disyaki Selepas Makan Sandwich Di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kawasan R&R Perasing, berhampiran Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) sehingga menyebabkan kematian seorang wanita berusia 54 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini tular satu kejadian melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun telah meninggal dunia selepas mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk dan disyaki berpunca daripada keracunan makanan.

Kejadian mengejutkan tersebut dikatakan berlaku di kawasan R&R Perasing, berhampiran Lebuhraya Pantai Timur (LPT1).

Perkongsian daripada keluarga mangsa, Saharah Nabillah menerusi media sosial menceritakan tentang kejadian menyayat hati itu dan meraih perhatian daripada warganet.

Mangsa dan anak saudaranya dilaporkan jatuh sakit selepas menikmati sandwich yang dipercayai sudah basi itu. Walaupun kedua-dua mangsa mengalami keracunan makanan, namun keadaan ibu saudaranya itu dikatakan semakin merosot sehingga menyebabkan kematian.

Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, keluarga menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

Pada awalnya, Sahara telah dituduh melakukan fitnah apabila menyuarakan tentang isu berkenaan di media sosial. Walau bagaimanapun, beberapa individu dalam talian tampil berkongsi pengalaman yang serupa di mana ahli keluarga mereka turut mengalami keracunan makanan setelah makan di tempat sama.


Gesa Tindakan Segera: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Jalankan Siasatan Terhadap Kes Keracunan Makanan

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Terengganu telah menjalankan siasatan dengan mengambil sampel makanan berkenaan dan menunggu laporan makmal untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Pihak Jabatan Kesihatan dalam masa yang sama turut menekankan kepentingan keselamatan dan kebersihan makanan dengan mendesak para penjual makanan di luar snaa untuk lebih bertanggungjawab serta memberi keutamaan kepada kesejahteraan pelanggan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar terus berhati-hati dengan memilih tempat makan bersih dan sentiasa berjaga-jaga ketika makan hidangan yang mudah rosak.

Sementara siasatan masih dijalankan, netizen berharap agar seorang lagi mangsa daripada kes keracunan itu dapat pulih dengan segera. Mereka juga menggesa agar protokol keselamatan makanan diperbaharui untuk mengelakkan kejadian sama berulang di masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd