Now Reading
[Video] Rosham Nor Sumbang Kerusi Roda Elektrik Buat Pelakon Veteran, Mak Jah

[Video] Rosham Nor Sumbang Kerusi Roda Elektrik Buat Pelakon Veteran, Mak Jah

Datuk Rosham Nor telah memberikan sumbangan kerusi roda elektrik kepada pelakon veteran Mak Jah yang sedang menghidap penyakit kencing manis dan mempunyai masalah urat saraf.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menghidap sesuatu penyakit, ia sememangnya akan memudaratkan kesihatan dan menjadi penghalang kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Bukan sahaja berasa sakit, bahkah penyakit yang dilalui akan menelan perbelanjaan besar dari segi kos perubatan.

Walaupun ramai di luar sana mampu untuk membayarnya, namun buat segelintir masyarakat kos tersebut merupakan satu bebanan yang perlu ditanggung.


Rosham Noor Sedekah Kerusi Roda Elektrik Kepada Mak Jah

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@adraabyrosyam), menyaksikan pasukan bisnes Datuk Rosham Nor menghulurkan sumbangan istimewa kepada pelakon tanah air, Maimunah Ahmah atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Jah.

Rosham Noor telah memberikan sebuah kerusi roda elektrik kepada Mak Jah untuk memudahkan menjalani kehidupan seharian.

“Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama-sama mendoakan kesihatan Mak Jah,” kata admin akaun Adraa di ruangan kapsyen.

Jika dilihat daripada video hantaran, seorang staf Rosham Nor sedang melakukan demonstrasi di dalam kediaman Mak Jah tentang cara penggunaan fasiliti itu.

Dalam pada itu, Rosham Nor sempat menitipkan pesanan kepada bintang lagenda berkenaan untuk sentiasa rajin berjalan walaupun mempunyai kemudahan tersebut.

Sumber: TikTok (@adraabyrosyam)

Mak Jah Sebak Atas Bantuan Yang Diberikan

Terharu dengan bantuan yang diterima, Mak Jah telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rosham Noor atas sikap prihatin dan kebaikannya.

“Tidak terbalas budi baik Datuk. Saya tidak terkata. Rasanya ni mahal sangat (kerusi roda), bagi saya memang tak termampu. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT,” ujarnya.

Malah, pelakon itu turut mendoakan agar kesemua rezeki dilimpahi kepada Rosham Nor diberkati Allah Yang Maha Esa.

Atas rasa kesyukuran yang tidak terhingga, Mak Jah dilihat menitiskan air mata gembira dan sebak dengan pemberian tidak dijangka.


Reaksi Netizen Lihat Pemberian Bantuan Rosham Nor Kepada Mak Jah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memuji tindakan Rosham Nor yang prihatin terhadap keadaan kesihatan pelakon veteran itu.

“Datuk Rosham Nor diam-diam bersedekah, cari pahala. Setiap bulan bersedekah, semoga murah rezeki Datuk,” ujar seorang wanita.

Ramai juga di kalangan netizen yang rindu untuk melihat lakonan hebat Mak Jah di kaca televisyen.

“Mak Jah ni memang pelakon paling favourite dalam industri seni lakonan. Beliau memang terbaik,” ujar seorang individu.

Sementara itu, para netizen juga telah mendoakan agar Mak Jah diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih dengan kadar segera.

“Rindunya nak tengok Mak Jah berlakon. Semoga diberikan kesihatan yang baik,” jelas seorang pengguna laman TikTok.

Sumber: TikTok (@adraabyrosyam)

Maimunah Ahmad Hidap Penyakit Kencing Manis & Masalah Urat Saraf

Buat anda yang tidak tahu, Mak Jah kini sedang menghidapi beberapa masalah kesihatan termasuklah penyakit kencing manis dan urat saraf.

Oleh disebabkan itu, ia telah menjadi satu halangan kepadanya untuk meneruskan karya dalam bidang perfileman. Malah, dia juga telah menolak beberapa tawaran kerja akibat penyakit kronik yang dialami.

Cakna dengan keadaannya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyampaikan sumbangan RM10,000 bagi membantu kos perubatan Mak Jah.

“Saya tak sangka PM tahu tentang kisah saya. Malah, saya pun tidak kenal sesiapa di Pejabat Menteri jadi memang terkejut apabila mereka datang,” ujar Mak Jah lapor mStar.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Leka Di Usia Muda, Mak Jah Kini Cuci Telekung Wakaf Untuk Bekalan Akhirat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd