Now Reading
Netizen Dedah Bahaya Wafaq, Elak Pergi Ke Premis Yang Guna Pelaris

Netizen Dedah Bahaya Wafaq, Elak Pergi Ke Premis Yang Guna Pelaris

Wafaq merupakan salah satu pelaris yang menggunakan ayat tertentu seperti nama-nama Allah SWT, huruf bahasa Arab, simbol geometri, selawat, nombor dan kalimah suci al-Quran.

WAFAQ

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Oleh kerana mencari jalan pintas atau bersikap tamak, sesetengah peniaga tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk menggunakan pelaris untuk memajukan bisnes mereka.

Selain tulisan dalam kertas, ada juga sesetengah peniaga yang meletakkan barangan seperti beras, duit syiling dan garam di dalam kedai mereka untuk menarik pelanggan.

Amalan pelaris yang digunakan oleh peniaga ini jarang diketahui oleh pelanggan kerana kebiasaanya ‘barang’ tersebut diletakkan di kawasan tersembunyi.


Netizen Dedah Tentang Wafaq Yang Digunakan Oleh Peniaga Sebagai Pelaris

Baru-baru ini, pendedahan tentang pelaris atau juga disebut sebagai wafaq yang dikatakan digunakan oleh peniaga telah menjadi perhatian netizen selepas bebenang mengenai perkara ini dimuat naik di laman X (Twitter @MySantaiTv).

Wafaq merupakan salah satu pelaris yang menggunakan ayat tertentu seperti nama-nama Allah SWT, huruf bahasa Arab, simbol geometri, selawat, nombor dan kalimah suci al-Quran.

Antara lokasi wafaq yang biasa dijuampai adalah seperti:

  • Dalam bingkai gambar di dinding
  • Pintu
  • Diikat pada tiang seri rumah
  • Disimpan dalam bekas seperti botol dan diletakkan di tempat yang tinggi dalam rumah atau bilik
  • Dalam laci
  • Dalam dompet
Sumber: X (Twitter @MySantaiTv)

Ciri-ciri Wafaq

Mungkin ramai yang terfikir bagaimana rupa wafaq, berikut adalah ciri-ciri yang anda boleh kenal pasti:

  • Kotak-kotak berisi huruf, nombor atau ayat.
  • Nombor dalam tulisan bahasa Arab yg tidak jelas apa tujuannya.
  • Huruf-huruf Arab yang tidak bersambung, terputus dan berulang.
  • Ayat al-Quran dibentukkan seperti geometri dan bukannya seni khat.
  • Mengandungi nama-nama sahabat, nabi-nabi yang dicampur dengan ciri-ciri lain.
  • Mengandungi simbol pedang, keris, tombak dan bintang.
  • Bahasa Arab yg tidak difahami atau jelas maksudnya.
  • Ayat al-Quran yg ditulis sebahagian dan tidak penuh.
  • Mengandungi nama jin.
Sumber: X (Twitter @MySantaiTv)

Individu yang memuat naik bebenang ini menasihati orang ramai untuk menjauhkan diri daripada mengunjungi kedai yang menggunakan pelaris.

Ini kerana wafaq boleh menjadi punca kepada gangguan jin pada diri dan di dalam rumah. Jika disimpan, sebaiknya dihapuskan dan perlu dibawa bersama untuk dibuang sebelum diruqyah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd