Now Reading
Pendedahan Zainal Abidin Tentang Lagu ‘Puteri’ Dijadikan Bahan Jenaka Gen Z

Pendedahan Zainal Abidin Tentang Lagu ‘Puteri’ Dijadikan Bahan Jenaka Gen Z

Menurut kenyataannya dalam satu temu bual, lagu ‘Puteri’ pada asalnya ditempah oleh penyanyi terkenal Hollywood, Celine Dion.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja nama Datuk Zainal Abidin, pasti ramai masyarakat di luar sana akan terus terfikir lagu berjudul ‘Hijau’.

Baru-baru ini, Zainal telah mendedahkan kisah di sebalik lagu hit ‘Puteri’ di mana ia telah menjadi rebutan dalam kalangan penyanyi antarabangsa.

Perkongsian itu telah dimuat naik di laman TikTok (@selebritionline) yang kemudiannya membawa kepada perdebatan dalam talian antara golongan remaja serta dewasa pada tahun 80-an dan 90-an serta generasi muda dilahirkan sekitar akhir 90-an dan awal 2000-an.


Lagu ‘Puteri’ Pada Asalnya Ditempah Oleh Celine Dion

Menurut Zainal dalam satu sesi temu bual, lagu tersebut yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Hearts Don’t Lie’ telah ditempah namun belum dibayar oleh penyanyi terkemuka Hollywood, Celine Dion.

Namun disebabkan pembayaran yang masih belum dijelaskan, Zainal di bawah Warner Music kemudian membayar hak untuk menggunakan lagu itu lalu dinamakannya sebagai ‘Puteri’.

Untuk info, lagu itu telah digubah oleh Andreas Carlsson, legenda Burt Bacharach dan Kristian Lundin.

Tambah Zainal, Celine Dion kemudian menghubunginya daripada Montreal, Kanada dan meluahkan rasa kecewa selepas lagu hit itu diambil oleh Warner Music.

Dia berkata, mereka terlibat dalam satu pertengkaran pada ketika itu tetapi keadaan kembali pulih dan mereka meneruskan hubungan persahabatan seperti biasa.


Lagu ‘Puteri’ Digubah Oleh Komposer Luar Negara

Lagu ‘Puteri’ dikeluarkan pada tahun 2004 dalam album Zainal dan disusun oleh Mac Chew.

Ia mempunyai barisan pemuzik yang hebat iaitu Luke Mason sebagai pemain dram, mendiang Aji untuk instrumen gitar dan Steve Thornton pada perkusi.

Dalam pada itu, Zainal turut menjelaskan bahawa lagu Puteri tidak dapat menyertai anugerah muzik tempatan seperti Anugerah Juara Lagu, Muzik Muzik kerana karya itu telah digubah oleh komposer berasal daripada luar negara.

Sumber: Berita Harian

Golongan Muda Persendakan Kenyataan Zainal Abidin

Menjengah ke ruangan balas netizen di laman X, terdapat segelintir golongan muda yang mempersendakan kenyataan Zainal di mana dia terpaksa berebut lagu berkenaan dengan selebriti antarabangsa.

Oleh disebabkan itu, peminat setia yang sudah lama mengenali Zainal dengan karya seninya sejak zaman Headwind, telah tampil ‘mendidik’ golongan muda berkenaan dengan mengatakan penyanyi tanah air itu telah lama melakarkan nama sebelum mereka dilahirkan lagi.

Dalam ayat yang lebih mudah, Zainal Abidin ‘bukan biasa-biasa’.

Buat anda yang tidak tahu, Zainal merupakan salah seorang ahli kumpulan rock dikenali sebagai Headwind pada akhir 70-an. Mereka juga pernah menganjurkan konsert besar bernama Uriah Heep.

Antara lagu mereka yang digemari ramai ialah Kita Serupa, Suraya dan Hanya Di Radio.

Sumber: X

Kerjaya Muzik Zainal Abidin

Pada tahun 1986, Zainal berjaya meraih anugerah Artis Muda Berbakat di Festival Lagu Dunia Layang-Layang Emas.

Bukan itu sahaja, dia juga telah menandatangani kontrak di bawah Roslan Aziz Production dan mengeluarkan album solo pertamanya berjudul Zainal Abidin menjelang 1991.

Di situlah bermulanya detik di mana Zainal meninggalkan genre balada bagi menerokai Muzik Dunia dengan lebih mendalam. Album tersebut kemudian mendorongnya untuk melakarkan namanya dengan lebih meluas iaitu menerusi lagu Hijau, Ikhlas Tapi Jauh dan Insaf.

Ikhlas Tapi Jauh telah berjaya menambat hati para peminat dengan penganjuran konsert yang diadakan pada 1992 menampilkan Sheila Majid, Zainal, Afdlin Shauki, Azman Warren, Amir Yusof, Zubir Ali dan lain-lain.

Sumber: Genius/Facebook ROCK Dulu-Dulu

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd