Now Reading
Wanita Islam Haram Buat Brazillian Wax Di Kedai Spa, Ini Sebabnya

Wanita Islam Haram Buat Brazillian Wax Di Kedai Spa, Ini Sebabnya

Proses untuk membuang bulu ari-ari menggunakan teknik Brazilian Wax hanya boleh dilakukan bagi bahagian betis, lengah atau dada sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penjagaan kebersihan diri adalah salah satu aspek yang perlu diambil berat oleh setiap individu termasuklah dari segi bahagian badan yang berbulu.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuang bulu pada tubuh badan seperti menggunting, mencukur, menggunakan epilator atau memakai wax.

Ada juga premis perniagaan yang menawarkan perkhidmatan servis untuk membuang bulu badan termasuklah bulu ari-ari. Tetapi apa hukumnya dalam agama Islam?


Membuang Bulu Pada Tubuh Badan Adalah Salah Satu Fitrah

Terbaharu, seorang wanita di laman X (Twitter @mamma_ell) memberi respon terhadap satu ciapan berkaitan doktor yang menjelaskan bahawa tiada kebaikan jika membuang bulu ari-ari.

Wanita tersebut dalam ciapannya memberitahu bahawa mencukur bulu di bahagian kemaluan dikira sebagai salah satu fitrah kerana ia tidak boleh dibiarkan melebihi 40 hari.

Memetik sumber Pejabat Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW dalam hadisnya juga ada mengatakan tentang jenis-jenis bulu pada anggota badan manusia yang perlu dicukur.

Dalam Riwayat Al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Berkaitan dengan bulu-bulu badan yang terdapat perintah untuk mencukurnya, terdapat sebuah riwayat yang menyebutkan kepada tempoh masa untuk mencukur tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ‏‏

Maksudnya: Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam. [Riwayat Muslim (258)]


Hukum Buat Brazilian Wax Dalam Islam

Namun dalam ciapan yang sama, wanita berkenaan juga mendedahkan bahawa hukum melakukan servis Brazilian wax adalah haram dalam Islam walaupun dilakukan bersama staf wanita.

Oleh disebabkan itu, wanita ini memberi cadangan agar proses untuk membuang bulu pada bahagian kemaluan hanya dilakukan dengan cara mengguntingnya.

Senang kata, Brazilian wax masih boleh dilakukan tetapi hanya jika ia dilakukan oleh suami sahaja.


Netizen Luah Rasa Terkejut Dengan Pendedahan Tersebut

Perkongsian mengenai hukum melakukan Brazilian Wax di kedai bersama staf wanita itu telah mengejutkan ramai pihak.

Rata-rata netizen terutamanya golongan wanita meluahkan rasa terkejut kerana baru pertama kali mengetahui tentang hukum haram membuang bulu kemaluan di kedai.

Mereka turut berterima kasih atas perkongsian tersebut kerana mendakwa tidak didedahkan dengan perkara sebenar sebelum ini.

Sumber: X (Twitter)

Kenapa Islam Haramkan Brazilian Wax Di Kedai?

Merujuk sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isu aurat adalah salah satu perkara yang diberi perhatian dalam proses Brazilian Wax.

Aurat wanita sesama wanita adalah antara pusat hingga lutut dan terdapat larangan bagi seorang perempuan itu melihat aurat perempuan yang lain seperti yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

Maksudnya: Dan janganlah seorang perempuan itu (melihat) kepada aurat perempuan yang lain. [Riwayat Muslim (338)]

Perkara ini juga terpakai kepada kaum lelaki juga yang tidak boleh melihat aurat sesama lelaki dari pusat sehingga lutut.

Sumber: Freepik

Selain itu, isu khalwat turut menjadi kebimbangan lebih-lebih lagi apabila proses ini dilakukan secara berduaan di dalam sebuah bilik melibatkan pelanggan dan staf berbeza jantina.

Hal ini adalah perkara yang dilarang di sisi syarak berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya. [Riwayat Muslim (1341)]


Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Islam telah melarang umatnya untuk melakukan pembuangan bulu ari-ari melalui cara Brazilian Wax kerana ia melibatkan pendedahan aurat kepada orang lain.

Kalau nak buat juga, boleh minta tolong suami.

Walau bagaimanapun, Brazilian Wax di bahagian betis, lengan atau dada masih boleh dilakukan sesama jantina dah hukumnya adalah harus.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada anda semua.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd