Now Reading
Syafiqah Aina Tukar Billboard Produk AINAA Untuk Beri Peringatan Tidak Lupa Tentang Palestin

Syafiqah Aina Tukar Billboard Produk AINAA Untuk Beri Peringatan Tidak Lupa Tentang Palestin

Syafiqah Aina berkata papan iklan tersebut sepatutnya digunakan untuk mempromosikan produk AINAA kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perjuangan rakyat Palestin sejak serangan balas dari tentera Israel pada 7 Oktober lalu tidak mematahkan semangat masyarakat seluruh dunia untuk terus memberi sokongan kepada penduduk di Gaza.

Pelbagai usaha dilakukan termasuklah mengadakan perhimpunan demonstrasi, memboikot jenama yang menyokong Israel dan juga menggesa gencatan senjata.

Dalam pada itu, media sosial juga tidak putus dengan hantaran yang dikongsikan semula (repost) di Instagram Stories berkaitan Palestin.

Boleh dikatakan setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.


Syafiqah Aina Manfaatkan Papan Iklan Sebagai Tanda Untuk Sentiasa Mengingati Palestin

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@syafiqahaina), influencer terkenal iaitu Syafiqah Aina menceritakan bagaimana dia memanfaatkan papan iklan untuk produk perniagaannya telah ditukar menjadi papan peringatan tentang Palestin.

Menurut Aina, papan billboard di Bandar Baru Bangi itu sepatutnya digunakan untuk jenama AINAA supaya penduduk sekitar mengetahui tentang produknya.

Namun, firasat hatinya pula berkata sebaliknya apabila ingin menggunakan papan berkenaan untuk mengingatkan masyarakat berkaitan Palestin.

Kos memang agak tinggi untuk billboard ni. Tapi tak tahu hati ni kuat sangat nak buat ni. Nak mengingatkan orang ramai supaya ‘tak lupa pada P’ itu lebih baik pada waktu ni.

Influencer Syafiqah Aina.
Sumber: Instagram @syafiqahaina

Jelas Aina lagi, dia berasa sangat terkesan melihat situasi yang berlaku di Palestin dan menghargai setiap individu yang tidak berhenti menyebarkan tentang keadaan di sana.

Pada masa yang sama, Aina berkata media sosialnya juga merupakan saluran untuk perniagaannya, tetapi kini lebih memilih untuk memberikan fokus kepada Palestin.

Walaupun Aina tahu media sosial penting untuk bisnes, tapi buat masa sekarang, ini adalah keutamaan kita. Mungkin kita tak mampu nak buat lebih, tapi kita cuba buat apa yang kita mampu. Aina percaya dengan rezeki Allah SWT dan semuanya datang dari Allah SWT.

Influencer Syafiqah Aina.

Aina juga berkata perasaan kasih sayang terhadap saudara di Palestin itu tidak dapat dibeli dengan apa-apa. Namun, influencer ini menjelaskan dia akan cuba yang terbaik.

“Kali ni, Aina cuba buat apa yang mampu. InsyaAllah, doakan Aina selalu tau,” kata Aina.


Netizen Puji Inisiatif Syafiqah Aina Untuk Sebarkan Tentang Palestin

Di ruangan komen tersebut, ramai netizen yang memberikan reaksi positif dan menyokong tindakan Aina dalam usaha untuk menyebarkan tentang Palestin kepada orang ramai.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan agar perniagaan AINAA dimurahkan lagi rezeki kerana memanfaatkan papan iklan untuk tujuan kebaikan ini.

Netizen turut mengingatkan orang ramai agar tidak berhenti mengambil tahu tentang perkembangan terkini yang berlaku di Palestin supaya tidak melupakan saudara-mara kita yang sedang dijajah oleh rejim Zionis.

“Terima kasih Aina dan Hafiz. InsyaAllah sama-sama kita doakan mereka dan teruskan boikot tanpa henti. Kita boleh buat,” kata seorang netizen.


Profil Tentang Syafiqah Aina

Syafiqah Aina merupakan seorang influencer tempatan yang mengusahakan produk penjagaan wajah jenama AINAA bersama suaminya yang juga influencer terkenal iaitu Hafiz Mahamad.

Jenama AINAA itu telah ditubuhkan pada tahun 2017 ketika Aina berusia 23 tahun manakala suaminya pula berusia 24 pada ketika itu.

Sumber: Instagram @syafiqahaina

Selain bergelar usahawan dan influencer, Aina juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata dan mempunyai klinik estetik jenama AINAA bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Baca Artikel Berkaitan: Walaupun Dikecam Teruk, Serum Syafiqah Aina Habis 10 Ribu Unit

Baca Artikel Berkaitan: Dakwa Isteri Disihir, Netizen Cadang Hafiz Mahamad Berhenti Tayang Kebahagian Di Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd