Now Reading
[Video] Vokalis Paramore Pecat Kru Waktu Konsert Gara-gara Keluarkan Percikan Api Terlalu Awal Di Pentas

[Video] Vokalis Paramore Pecat Kru Waktu Konsert Gara-gara Keluarkan Percikan Api Terlalu Awal Di Pentas

Vokalis band Paramore, Hayley William berkata bahawa insiden percikan api di atas pentas itu telah berlaku sebanyak tiga kali ketika konsert berlangsung.

vokalis paramore pecat kru waktu konsert

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat para artis yang akan membuat persembahan konsert secara live di hadapan para peminat mereka, pastinya mereka mengharapkan persiapan yang rapi sudah dilakukan.

Perkara ini sangat penting bagi memastikan persembahan konsert mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan dapat memberikan pengalaman mengujakan kepada penonton yang hadir.

Namun lain pula yang berlaku dalam satu konsert oleh kumpulan rock popular, Paramore ketika melakukan persembahan konsert mereka.


Vokalis Paramore Pecat Kru Kerana Salah ‘Timing’ Pasang Percikan Api

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@livswasteland), wanita ini yang merupakan salah seorang penonton di kosert jelajah kumpulan Paramore menunjukkan satu situasi yang berlaku ketika persembahan tersebut.

Dalam video itu, vokalis wanita kumpulan Paramore, Hayley William difahamkan sedang menyanyikan lagu berjudul Hard Times sebelum satu percikan api tiba-tiba muncul di bahagian tepi pentas.

Lebih membimbangkan lagi, percikan api tersebut hampir terkena pada vokalis tersebut dan Hayley dilihat memberi reaksi kurang senang ketika melakukan persembahan di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia.

Tidak lama selepas itu, vokalis berkenaan kemudiannya meneruskan nyanyiannya, namun dengan versi lagu yang diubah lirik dipercayai untuk memecat kru yang menjaga bahagian percikan api tersebut.

Hayley juga menyebut dalam lirik tersebut bahawa kejadian terbabit telah berlaku sebanyak tiga kali.

Ada orang yang akan kena pecat. Beyonce buat jadi kami pun boleh. Saya tak sabar nak cakap dengan awak. Ini kali ketiga awak buat teruk pada kami.

Vokalis kumpulan Paramore, Hayley William.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 6.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi Spontan Dari Vokalis Kumpulan Paramore

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen.

Ada netizen yang pada mulanya menganggap tindakan Hayley memecat kru terbabit sebagai tindakan melampau, namun akhirnya bersetuju selepas mengetahui insiden tersebut sudah berlaku sebanyak tiga kali.

Pada masa yang sama, segelintir netizen pula menganggap tindakan Hayley adalah perkara yang patut dilakukan selepas dipercayai melihat satu video lain yang menunjukkan percikan api yang terlalu banyak.

Dalam pada itu, sesetengah netizen memuji gubahan lirik lagu Hard Times untuk memecat kru tersebut kerana ayat yang digunakan sesuai dengan iringan muzik.

“Lagu versi pecat orang tu dah melekat dalam kepala saya selama dua hari,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok

Profil Tentang Kumpulan Paramore

Paramore adalah satu kumpulan rock dari Franklin, Tennessee, Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2004.

Kumpulan tersebut terdiri daripada vokalis Hayley William, pemain gitar Taylor York dan pemain dram Zac Farro.

Sumber: Instagram @paramore

Album pertama yang dihasilkan oleh mereka adalah pada tahun 2005 berjudul ‘All We Know Is Falling’ dan berjaya meraih tempat keempat dalam UK Rock Chart pada tahun 2009 dan nombor 30 dalam Billboard’s Heatseekers Chart pada 2006.

Antara lagu yang popular dari Paramore adalah seperti:

  • Still Into You
  • The Only Exception
  • Misery Business
  • Ain’t It Fun
  • Ignorance
  • Crushcrushcrush
  • Decode
  • All I Wanted

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd