Now Reading
Pasar Raya Giant Ikonik Di Kelana Jaya Ditutup Lepas 19 Tahun Operasi, Ramai Luah Rasa Sedih

Pasar Raya Giant Ikonik Di Kelana Jaya Ditutup Lepas 19 Tahun Operasi, Ramai Luah Rasa Sedih

Pasar raya Giant Kelana Jaya ini dikatakan telah menyimpan pelbagai kenangan manis buat para pengunjung mereka sejak penubuhannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun hanya sekadar pasar raya, namun pengumuman tentang penutupan pasar raya Giant cawangan Kelana Jaya telah memberi kesan kepada orang ramai terutama mereka yang kerap datang ke sana.

Siapa sangka pasar raya Giant itu menyimpan pelbagai kenangan sejak penubuhannya pada 19 tahun lalu sebelum ia ditutup buat selama-lamanya.

Untuk pengetahuan anda, semalam (26 November) merupakan hari terakhir pasar raya besar itu beroperasi dipercayai untuk memberi ruang pembinaan sebuah kondominium oleh UEM Sunrise Berhad.

Lebih menyentuh hati lagi apabila seorang pengguna Facebook memuat naik hantaran di grup Facebook Kelana Jaya Community sambil menunjukkan gambar pelanggan terakhir memegang resit selepas membeli di premis berkenaan.

Pada masa yang sama, ramai netizen yang tidak dapat menahan sebak dengan pengumuman itu kerana mengenangkan lokasi tersebut yang merupakan sebahagian besar zaman kanak-kanak mereka.

Seorang pengguna Twitter pula berkongsi kenangannya yang pernah bekerja di pasar raya besar itu suatu ketika dahulu.


Tapak Pembinaan Yang Bakal Menggantikan Pasar Raya Giant

UEM Sunrise Berhad telah bekerjasama dengan Kwasa Properties Sdn Bhd untuk memperoleh 3.7 hektar tanah pegangan bebas di Kelana Jaya, yang kini menempatkan pasar raya besar Giant dengan harga RM155 juta.

Perjanjian penyewaan dengan Kwasa Properties akan berakhir pada Disember 2023 dan tanah itu diperuntukkan untuk pembangunan bercampur (mix-used development) dengan komponen runcit dan kediaman.

Pengambilalihan itu dijangka selesai pada separuh pertama 2024 dengan pelancaran pembangunan dijadualkan pada 2025 seperti yang dilaporkan oleh NST.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd