Now Reading
Gadis Kretek: Dian Sastrowardoyo Berhenti Lepak, Tak Buka TV & Telefon Untuk Hayati Watak ‘Dasiyah’

Gadis Kretek: Dian Sastrowardoyo Berhenti Lepak, Tak Buka TV & Telefon Untuk Hayati Watak ‘Dasiyah’

Gadis Kretek telah menjalani penggambaran di sekitar Jakarta, Kudus, Ambarawa, Yogyakarta dan Magelang, Indonesia diadaptasikan menerusi novel tulisan Ratih Kumala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gadis Kretek adalah sebuah siri yang diterbitkan menerusi Netflix di mana ianya menceritakan tentang seorang tukang yang ingin memulakan perjalanan mencari cinta dan jati diri tatkala individu berkenaan melanggar tradisi dalam industri kretek Indonesia pada tahun 1960-an.

Gadis Kretek dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo dan Ario Bayu.

Dian Sastrowardoyo dan Ario Bayu membintangi kisah cinta sejati ini.

Siri ini memiliki lima (5) episod yang sememangnya memberikan ‘vibe’ 60-an yang begitu hebat apabila dilakonkan semula oleh barisan pelakon handal.


Dian Sastrowardoyo Akui Karakter ‘Dasiyah’ Amat Mencabar

Untuk pengetahuan umum, penggambaran lima episod Gadis Kretek ini mengambil masa 58 hari.

Menurut sumber, Gadis Kretek telah menjalani penggambaran di sekitar Jakarta, Kudus, Ambarawa, Yogyakarta dan Magelang, Indonesia diadaptasikan menerusi novel tulisan Ratih Kumala.

Bintang utama Gadis Kretek iaitu Dian telah membawa karakter Dasiyah dengan jayanya namun mengakui bahawa produksi Gadis Kretek adalah antara naskhah yang memberikan cabaran berbeza – terutamanya watak berkenaan sememangnya bertentangan dengan keperibadiannya.

Dian berkongsi bahawa dia sengaja berhenti daripada berjumpa dengan rakan-rakan dengan ‘berehat’ seketika daripada sukan larian serta tenis yang menjadi kegemarannya hanya kerana aktiviti berkenaan jarang dilakukan oleh wanita Indonesia pada era 1960-an.

Saya berhenti mendengar muzik moden dan beralih kepada muzik gamelan, tradisional dan klasik. Saya belajar saya mesti menghayati watak Dasiyah dan perlu menyerahkan diri kepada watak ini.

Jelas Dian kepada BH Online menerusi sidang media Gadis Kretek.

Malah, bagi lebih mendalami karaktek Dasiyah – Dian banyak berlatih sendiri di rumah tanpa membuka televisyen, akses internet, dan juga telefon.


Karakter Dasiyah Oleh Dian Sastrowardoyo

Dian dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa Dasiyah adalah seorang wanita yang keras kepala dan memiliki semangat yang mendalam untuk menghasilkan ramuan sempurna buat rokok.

Dasiyah yang juga anak kepada usahawan tembakau ketika itu ingin mengatur haluannya sendiri dalam perniagaan yang didominasi oleh golongan di Bandar M, Jawa Tengah pada tahun 1964.

Dasiyah melalui banyak perkara dalam hidup dan memiliki kekuatan hebat. Dia mengharungi sebarang badai dalam hidup dengan harapan serta kemahuan yang besar. Dalam membangunkan wataknya, saya dibimbing oleh Kamilia Andini. Dia memberitahu Dasiyah selesa dengan dirinya, ‘introvert’ dan tidak banyak bercakap. Sejujurnya, Kamilia Andini menjadi salah satu inspirasi saya untuk Dasiyah. Dengan wajah tenang, dia tetap berjaya mendapatkan apa yang dimahukan dan tetap tegas dengan pegangannya.

Jelas Dian Sastrowardoyo kepada BH Online menerusi sidang media Gadis Kretek.

Dian dalam masa sama turut memaklumkan bahawa persediaan untuk membina karakter Dasiyah ini telah dijalani bersama pelakon, Ine Febriyanti di studio lakonan Huma.

Salah satu latihan teater yang banyak membantu saya menjadi Dasiyah ialah Slow Ten, adaptasi daripada kaedah dari Jepun. Dalam latihan ini, kami perlu berjalan sangat perlahan dengan lutut sentiasa di bengkokkan supaya kelihatan seperti terapung atas tanah. Begitulah cara Dasiyah berjalan. Untuk menghasilkan pergerakan Dasiyah yang perlahan, saya juga mempelajari tarian tradisional dari Jawa Tengah supaya saya mempunyai tempo dan pergerakan pernafasan lebih perlahan.

Jelas Dian Sastrowardoyo kepada BH Online menerusi sidang media Gadis Kretek.

Tempo Dian & Dasiyah Amat Berbeza

Dasiyah, menerusi Gadis Kretek.

Sepanjang penggambaran, Dian menyatakan banyak perkara yang telah dipelajari untuk membawa watak Dasiyah ini, di mana ia disifatkan jauh berbeza dengan keperibadiannya.

Semasa membawakan watak Dasiyah, saya belajar mengenai masa. Salah satu perbezaan paling ketara antara saya dan Dasiyah ialah tempo. Dalam pertuturan, pernafasan, berjalan dan pergerakannya, Dasiyah empat atau lima kali lebih perlahan daripada yang biasa saya lakukan. Dasiyah ambil masa merasakan sesuatu, memikirkan apa yang dimahukan dan menyedari apa yang dilakukan. Sebagai manusia, kita tidak pernah benar-benar duduk dan memikirkan di mana kita berada.

Jelas Dian Sastrowardoyo kepada BH Online menerusi sidang media Gadis Kretek.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd