Now Reading
Pemandu Bas Didakwa Buat Perkara Tak Senonoh, Saksi Nafi & Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku

Pemandu Bas Didakwa Buat Perkara Tak Senonoh, Saksi Nafi & Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku

Saksi kejadian yang berada di tempat duduk belakang belakang pemandu bas menjelaskan tiada aksi senonoh yang dilakukan seperti yang diperkatakan.

pemandu bas aksi tak senonoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan kelakuan seorang pemandu bas wanita yang agak mencurigakan dipercayai bersama seorang pekerja dari syarikat yang sama.

Video berkenaan mendapat banyak kecaman dari netizen di media sosial selepas didakwa melakukan aksi tidak senonoh ketika sedang memandu bas tersebut.


Saksi Kejadian Tampil Dedah Perkara Sebenar Tentang Pemandu Bas Terbabit

Berikutan itu, seorang wanita yang dipercayai saksi kejadian tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @anisjey), wanita tersebut memberitahu bahawa dia dan suaminya melihat situasi sebenar yang berlaku kerana tempat duduk mereka betul-betul berada di belakang pemandu bas.

Jelasnya, pekerja lelaki berkenaan sedang membetulkan kerosakan di bahagian kotak radio di belakang tempat duduk pemandu bas.

Fitnah. Saya dah suami saksi kejadian ni. Driver laki tu sedang betulkan something dekat radio box belakang seat driver tu. Aku dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kiteorang lagi dekat.

Saksi kejadian.

Berhubung kelewatan tiba selama tiga jam, wanita itu juga mendedahkan bahawa pemandu bas sudah memaklumkan tentang kesesakan lalu lintas dari Ayer Keroh, Melaka sehingga ke Larkin, Johor.

Malah, pemandu bas berkenaan turut tidak sempat berehat kerana mempunyai jadual perjalanan yang berterusan.

Bas ni TBS-Larkin-TBS. Non stop trips. Kesian weh. Plus hujan lebat lagi. And kiteorang pun percaya sebab masa otw to TBS, memang jammed tak putus-putus opposite jalan. Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin.

Saksi kejadian.

Tambah wanita itu lagi, tiada saksi yang melihat mereka melakukan aksi tidak senonoh seperti yang dikatakan.

Pemandu tersebut juga masih baru bekerja sebagai pekerja sambilan dan kurang mahir dengan jalan sekitar Johor.

Saksi juga menasihati orang ramai untuk tidak menjatuhkan fitnah kepada pemandu bas terbabit kerana memberi padah di akhirat kelak.

Wanita berkenaan turut menjawab beberapa persoalan netizen berkaitan keadaan pemandu lelaki itu yang memegang bahagian gear bas dan berhenti solat ketika berehat.


2 Orang Pemandu Dikenakan Tindakan Oleh Syarikat Bas

Rakaman ketika kejadian yang diambil oleh penumpang di tempat duduk tepi memaparkan keadaan pekerja lelaki yang menyuakan mukanya kepada pemandu bas wanita berkenaan.

Keadaan itu membuatkan penumpang terbabit lebih bengang kerana jadual perjalanan bas telah lewat tiga jam dari waktu yang sepatutnya.

Memetik laporan Majoriti, jurucakap syarikat bas mengesahkan mereka sedang melakukan siasatan terhadap perkara terbabit selepas melihat video yang tular itu.

Hasil siasatan menyebabkan dua orang pemandu bas terlibat dibuang kerja serta-merta dan gaji terakhir mereka dipotong.

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Bas Siasat Dakwaan Pemandu Wanita Bercumbu Ketika Memandu & Lewat Tiba 3 Jam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd