Pengguna Bengang Bas Lambat 2 Jam, Tindakan Perakam Marah Pemandu Terima Pelbagai Reaksi Netizen
Penumpang itu mendakwa pemandu bas tertidur punca mereka terpaksa menunggu dua jam ketika sedang hujan lebat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selain perkhidmatan Tren Aliran Ringan (LRT), pengangkutan bas awam oleh pihak RapidKL juga sering digunakan oleh masyarakat untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Tambang perjalanan bas RapidKL yang hanya berharga RM1 membuatkan sesetengah masyarakat memilih pengangkutan ini yang lebih berkos rendah.
Namun, ada pula yang mendakwa pengangkutan ini ada kalanya tidak berkhidmat mengikut jadual yang ditetapkan.
Pemandu Bas RapidKL Tiba Lewat 2 Jam Di Hentian Bas
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan salah seorang penumpang bas RapidKL tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu bas yang dikatakan tiba lewat dua jam sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu lama.
Dalam video yang dimuat naik di laman Twitter (@isusemasaviral), lelaki berkenaan telah mendakwa pemandu bas tertidur punca kelewatan perkhidmatan itu lewat dari jadual yang ditetapkan.
Bukan itu sahaja, dia juga mengugut pemandu bas untuk membuat laporan kepada pihak atasan tentang perkara yang berlaku.
Ini first driver baru sampai eh. Daripada pukul 2:30 petang, 4:20 petang baru sampai. Kita akan report. Betul tak? Semua tunggu lama kan?
Salah seorang penumpang bas yang merupakan perakam video.
Kau ingat kerja atas jalan raya ni
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 16, 2023
setiap hari hadap benda yang sama ke bingai. Atas jalan raya ni macam2 hal boleh berlaku!!
Kau nak cepat naik grab la punai!!
Mana lah muka si perakam ni. pic.twitter.com/gs7M1g9XB9
Video Penumpang Marah Pemandu Bas Undang Pelbagai Reaksi Dari Netizen
Video penumpang yang memarahi pemandu bas itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas tularnya kejadian tersebut.
Sesetengah netizen menganggap tindakan lelaki itu yang membuat kekecohan berikutan kelewatan bas tidak sepatutnya berlaku kerana diatidak mengetahui punca sebenar.
Mereka juga membidas tindakan penumpang bas itu yang mendakwa pemandu itu tertidur punca mereka terpaksa menunggu lama dalam keadaan hujan lebat.
Namun, ada pula yang memberi pandangan munkin cuaca hujan lebat dan sesak dengan kenderaan di jalan raya punca bas tersebut tiba lewat.




Dalam pada itu, segelintir netizen pula menyatakan pandangan mereka tentang perkhidmatan bas di Malaysia yang sering tidak mematuhi jadual.
Malah, ada juga yang membandingkan ketepatan waktu perkhidmatan bas di Malaysia dan di luar negara.



Sebagai seorang pengguna pengangkutan awam, sudah pastinya tiada siapa yang mahu menunggu lama untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Nak naik Grab setiap hari mungkin ada yang tidak berkemampuan, jadi perkhidmatan bas adalah pilihan mereka.
Diharapkan dengan teguran daripada pengguna ini dapat menjadikan pihak RapidKL untuk terus menambah baik perkhidmatan mereka dan membantu rakyat Malaysia.
BACA JUGA: KTM Tawar Perjalanan Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU, Ini Cara Untuk Mohon Pas MyRailLife
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram