Now Reading
[Video] Go Shop ‘Tutup Kedai’, Ramai Kru Menangis Tahan Sebak Pada Hari Terakhir

[Video] Go Shop ‘Tutup Kedai’, Ramai Kru Menangis Tahan Sebak Pada Hari Terakhir

Kebanyakan kru dilihat saling berpelukan sambil menahan air mata kerana terpaksa menerima kenyataan tentang penutupan operasi Go Shop.

go shop henti operasi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) membuat pengumuman yang mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan bahawa pengendali Go Shop, Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) akan menamatkan operasi mereka pada Rabu lalu (11 Oktober).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, AMH bersama rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) mengambil keputusan untuk menghentikan operasi Go Shop sepenuhnya selepas melihat kepada landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Selain itu, penurunan pembelian dari pengguna sejak pandemik turut menjadi faktor penutupan operasi Go Shop.


Kru Go Shop Sebak Ketika Selesai Episod Terakhir Rancangan

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@lilydianaloli), wanita ini yang juga merupakan pekerja di Go Shop menunjukkan suasana sebak ketika selesai siaran langsung bagi episod terakhir rancangan ‘Saranghae-nd Malay Show’ di Go Shop.

Kebanyakan kru dilihat saling berpelukan sambil menahan air mata kerana terpaksa menerima kenyataan tentang penutupan operasi Go Shop.

Bukan sahaja kru wanita, malah kakitangan lelaki juga tidak dapat menahan sebak.

https://www.tiktok.com/@lilydianaloli/video/7288685766295817478

Dalam satu video yang lain, Ketua Pegawai Operasi Go Shop Malaysia iaitu Encik You Haewang turut mengambil kesempatan untuk memberi ucapan terakhirnya sambil menahan air mata kesedihan.

https://www.tiktok.com/@lilydianaloli/video/7288642948072344850

Netizen Dedah Go Shop Banyak Beri Kenangan Kepada Ahli Keluarga Mereka

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen meluahkan rasa sebak selepas mendapat khabar duka tentang penutupan Go Shop.

Rata-rata netizen menceritakan rancangan Go Shop sentiasa menjadi pilihan mereka apabila mahu menghidupkan suasana di rumah.

Malah, mereka juga mendedahkan banyak barangan telah diberikan dari rancangan tersebut serta ia membuatkan mereka mengimbau semula kenangan bersama ahli keluarga ketika membuat pembelian di Go Shop.

Walaupun hanya sekadar rancangan pembelian atas talian, tetapi Go Shop dikatakan memberi banyak memori kepada rakyat Malaysia.

Sumber: TikTok

Go Shop Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Selepas beroperasi hampir sembilan tahun sejak 2014, Go Shop menerusi hantaran di laman Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan selama ini.

Terima kasih juga Go Shop kerana telah menawarkan perkhidmatan servis pembelian yang terbaik kepada masyarakat Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd