Now Reading
[Video] Abang GDEX Tolong Angkat Jemuran, Tindakan Mulia Raih Pujian Netizen

[Video] Abang GDEX Tolong Angkat Jemuran, Tindakan Mulia Raih Pujian Netizen

Selepas menghantar bungkusan pelanggan, pemandu penghantaran itu dilihat mengalihkan permainan yang digantung di bahagian jemuran ke dalam kawasan yang teduh ketika hujan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan sikap bertimbang rasa dan kebaikan yang dilakukan oleh seorang pemandu penghantaran ketika sedang menghantar barangan milik pelanggan.

Tindakannya itu telah menyentuh hati ramai orang di media sosial.

Dalam rakaman video tersebut, seorang pelanggan wanita dipercayai tiada di rumah ketika pemandu penghantaran dari GD Express Sdn Bhd (GDEX) mahu menghantar barang miliknya.

Jadi, dia memberitahu kepada pekerja GDEX itu supaya meninggalkan bungkusan di dalam perkarangan rumahnya sahaja.

Pemandu penghantaran itu mengikut arahan yang diberikan kepadanya dengan meninggalkan bungkusan di luar pintu utama rumah.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia juga membantu untuk mengalihkan dua permainan di bahagian jemuran ke dalam kawasan berbumbung ketika sedang hujan.

Pelanggan wanita berkenaan hanya menyedari apa yang dilakukan oleh pekerja terbabit selepas melihat semula rakaman CCTV di rumahnya.

Susulan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Abang GDEX tersebut kerana baik hati untuk membawa masuk permainan yang telah dibasuh daripada terkena hujan.


GDEX Puji Tindakan Murni Yang Dilakukan Oleh Pekerjanya

Selepas tular video berkenaan, pihak, GD Express Sdn Bhd menerima banyak pujian melibatkan salah seorang pekerja mereka itu kerana menunjukkan nilai murni syarikat dalam mengutamakan pelanggan.

Syarikat itu juga telah mengenal pasti maklumat berkaitan pemandu penghantaran berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Fadhli Mohd Shah dan Mohamad Hafizan Yaakob.

Di GDEX, kami berbangga mempunyai individu seperti mereka yang secara konsisten berusaha keras untuk menceriakan hari pelanggan kami.

GDEX.

Netizen turut memuji lelaki penghantar meskipun tindakan yang cukup ‘simple’.

Ada juga netizen yang menggesa syarikat logistik terbabit untuk memberi ganjaran kepada individu terbabit kerana berusaha keras bagi memastikan pelanggan berpuas hati.

Seorang lagi netizen pula berkata mereka secara peribadi berasa lebih selamat jika GDEX mengendalikan penghantaran mereka dan menggalakkan pekerja untuk konsisten meneruskan kerja dengan baik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd