“Saya Percaya Ada Dalang Motif Politik” – Timbalan Menteri KPDN Dakwa Video Beli Barang RM200 Sudah Lama
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata konteks video itu telah disalaherti sehingga menyebabkan ramai pihak keliru.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, isu tentang harga beras telah menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat di media sosial.
Ini kerana ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat jika ura-ura peningkatan itu berlaku dan akan memberi impak dari segi kewangan.
Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah memberi jaminan bahawa harga beras tempatan tidak akan dinaikkan dan mengarahkan menteri terlibat untuk membuat pemantauan.
Artikel Berkaitan: PMX Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Akan Naik
Artikel Berkaitan: Ramai Mengeluh, Kenaikan Harga Beras Beri Kesan Kepada Pengguna
Artikel Berkaitan: [Video] Ahmad Maslan Kongsi Video Masak Nasi Goreng, Tapi Isu Beras Pula Jadi Bualan
Tular Video Timbalan Menteri KPDN Tentang Isu Beli Barangan Rumah Dengan Harga Bawah RM200
Berbicara tentang barangan rumah, baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh yang menilai sendiri harga barangan dijual di sebuah pasar raya.
Dalam video itu, Fuziah membuktikan bahawa barangan rumah boleh dibeli oleh rakyat dengan jumlah RM200 ke bawah.
Dengan nilai RM136.30, antara barangan yang dibeli adalah:
- 2 tin sardin
- 2 paket tepung
- 2 paket biskut
- 2 paket mi segera
- 1 botol minyak masak bersaiz besar
- 1 tin susu pekat
- 5kg beras
- Ayam mentah
Siapa kata RM200 tak cukup untuk beli barang? Kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar. Saya sendiri pergi tengok dan saya nilai sendiri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh
Siapa Kata RM200 Tak Cukup Beli Barang????? Tengok Ni Timbalan Menteri Shopping
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) September 20, 2023
Timbalan Menteri KPDN, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh pergi ke pasar raya untuk buktikan dakwaan rakyat salah?
Video: Sosial Media#malaysiagazette #mgnews #KPDN #timbalanmenteriKPDN… pic.twitter.com/KXQzQGiD7w
Netizen Persoal Kos Beli Barangan Bawah RM200 Yang Ditunjukkan Oleh Timbalan Menteri KPDN
Video tersebut walau bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen dengan rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri KPDN itu.
Segelintir netizen berpendapat kos membeli barangan dengan jumlah RM200 hanya mampu bertahan untuk tempoh satu hingga dua minggu sahaja bergantung kepada bilangan isi rumah.
Tambah netizen lagi, kos RM200 itu tidak termasuk dengan lampin serta susu bayi, sabun basuh, sabun mandi, makanan kucing dan sebagainya.
Ada juga netizen yang merasakan tindakan Fuziah itu seolah-olah menafikan keluhan rakyat tentang kenaikan harga barangan di pasaran.
Fuziah Salleh Perjelas Ia Adalah Video Lama Yang Disebarkan Semula
Selepas tular video tersebut di media sosial, Fuziah tampil memberikan penjelasan tentang perkara sebenar yang berlaku.
Memetik sumber Sinar Harian, Fuziah menegaskan bahawa video berkenaan adalah rakaman yang diambil pada Julai tahun lalu ketika membuat kunjungan di sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah.
Namun sempena Jualan Rahmah Beras yang dilakukan oleh KPDN, sesetengah pihak telah bertindak untuk memuat naik semula video berkenaan di media sosial.
Itu rakaman lama sewaktu kita berhadapan dengan isu RM200 tidak boleh membeli apa-apa barangan. Jadi video itu kembali disiarkan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mahu melakukan Jualan Rahmah Beras.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh
Dalam pada itu, beliau beranggapan wujud dalang di sebalik isu yang timbul dan berkemungkinan bermotifkan politik.
Ini kerana konteks di dalam video terbabit telah disalaherti sehingga menyebabkan ramai pihak yang menyangka situasi itu merujuk kepada keadaan sekarang.
Susulan video yang tular, Fuziah berharap orang ramai tidak keliru dengan situasi yang ditunjukkan di dalam video berkenaan serta situasi semasa.
Sumber: Sinar Harian | Twitter Malaysia Gazette
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.