Now Reading
Suka Makan Di JIBRIL? Ini Kisah Perjalanan Mereka Yang Ramai Tak Tahu

Suka Makan Di JIBRIL? Ini Kisah Perjalanan Mereka Yang Ramai Tak Tahu

Nama ‘JIBRIL’ sebenarnya berasal daripada watak fiksyen yang dicipta oleh pengasas Kumpulan Restoran JIBRIL untuk UiTM Mock Trial pada tahun 2013.

kedai makan jibril

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya mereka yang mahu membuka perniagaan akan mencari lokasi mudah dilihat dan dicari oleh orang ramai kan?

Nak tahu tak, sebenarnya ada satu restoran ini mempunyai lokasi mereka yang memang sengaja disembunyikan. Siapa yang tahu je tahu! #YTJT.

Bila sebut kedai makan tersembunyi, terus terfikir satu kedai je iaitu Restoran JIBRIL.


Restoran JIBRIL Kongsi Dari Mana Datangnya Konsep Kedai Makan ‘Tersembunyi’

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @jibrilss15), restoran terkenal ini berkongsi perjalanan mereka sewaktu ingin memulakan perniagaan JIBRIL.

Kepada anda yang pernah berkunjung ke cawangan pertama Restoran JIBRIL, ianya terletak ‘di dalam’ premis aiskrim Sangkaya SS15. Ada pintu rahsia ya untuk anda masuk ke dalamnya.

kedai-makan-jibril
Sumber: Lipstiq

Perjalanan perniagaan JIBRIL bermula semasa semester akhir di pengajian undang-undang di mana mereka mengambil risiko untuk membuat perniagaan Sangkaya SS15.

Sambutan pada ketika itu amat menggalakkan dan berjaya meraih keuntungan selepas satu bulan setengah beroperasi.

Disebabkan sambutan yang positif dari orang ramai, mereka bercadang untuk berpindah ke tempat yang lebih besar dengan memilih Subang Jaya sebagai lokasi terbaharu.

kedai-makan-jibril
Sumber: KL Foodie

Kenapa mereka memilih Subang Jaya pada waktu itu? Ini kerana mereka melihat lokasi berkenaan yang dipenuhi dengan masyarakat yang menggemari konsep unik.

Oleh itu, mereka bercadang pula untuk membuka restoran tersembunyi di sebalik cawangan aiskrim Sangkaya SS15.


Kenapa ‘JIBRIL’?

Nama ‘JIBRIL’ sebenarnya berasal daripada watak fiksyen yang dicipta oleh pengasas Kumpulan Restoran JIBRIL untuk UiTM Mock Trial pada tahun 2013.

JIBRIL (Jibril Azym) adalah rekaan cerita tentang seorang peguam autisme yang canggih dan mempunyai minda yang cerdas, di mana dia boleh membaca fikiran dan menyelesaikan kes dengan cara yang unik.

kedai-makan-jibril
Sumber: Sizzling Suzai

Ketika memulakan perniagaan restoran pada tahun 2015, mereka membayangkan ini adalah sejenis kafe di mana JIBRIL akan melepak kerana lokasinya yang canggih dan unik, tetapi boleh diakses.


Perkembangan Perniagaan Restoran JIBRIL

Menu terawal yang diperkenalkan adalah Nasi Goreng Nenas (Pineapple Fried Rice) sebelum hidangan Salted Egg Butter Chicken pula yang menjadi kegemaran ramai pelanggan pada ketika ini.

Sumber: malayfoodlicious

Bermula dengan kedai aiskrim, JIBRIL kini telah membuka cawangan keempat mereka semalam (19 September) di Larkin Sentral, Johor Bahru dengan ‘entrance’ yang lain daripada lain.

https://www.tiktok.com/@jibrilss15/video/7280163735849749761

Di sebalik rak buku yang berada pada dinding ‘entrance’, ada pintu tersembunyi untuk membolehkan pelanggan masuk ke dalam premis tersebut. Unik betul!

Cawangan-cawangan lain JIBRIL adalah di Publika, Bangi dan Subang Jaya.

Sumber: Twitter JIBRIL SS15


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd