Now Reading
Kuih Goyang ‘Fancy’ & Dihiasi Kaviar, Siapa Sebenarnya Reynold Poernomo Ini?

Kuih Goyang ‘Fancy’ & Dihiasi Kaviar, Siapa Sebenarnya Reynold Poernomo Ini?

Pada tahun 2015, Reynold Poernomo membuat kemunculan pertama di Masterchef Australia dan dinobatkan sebagai ‘Dessert King’ ketika menjadi salah seorang finalis dalam pertandingan memasak tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pengusaha kafe dan pengeluar konten menerusi TikTok iaitu Reynold Poernomo telah menunjukkan cara-cara untuk membuat Kuih Goyang kegemaran ramai, terutamanya rakyat Malaysia.

Reynold menerusi video sama dilihat mengambil satu acuan berbentuk bunga dan mencelup acuan tersebut ke dalam satu adunan tepung sebelum menggorengnya.

Apa yang lebih menarik, dia turut meletakkan kuning telur serta perut tuna di atas manisan tersebut dan menjadikannya lebih ‘fancy’, seterusnya menghiasi Kuih Goyang itu dengan kaviar sebelum menunjukkan cara menikmatinya.

“An old but gold of a snack,” tulis Reynold menerusi TikTok.

@reynoldpoer An old but gold of a snack The Rosette – orginated from Scandinavia, this little snack has made it’s way influencing the world wirh many cultures taking their traditional version of it. Filled with egg yolk jam, smoked chutoro (Tuna Belly), jamon cream and topped with N25 kaluga hybrid caviar #rosette #snack #food #caviar ♬ Theme from "A Summer Place" – Percy Faith And His Orchestra

Sejarah Kuih Goyang

Kuih Goyang juga dikenali dengan pelbagai nama lain antaranya adalah Kuih Ros, Bunga Durian, dan juga Sarang Lebah. Masyarakat di Kelantan kebiasaannya memanggil kuih ini sebagai ‘Sarang Lebah’.

Untuk info, kuih ini dikatakan berasal dari Norway dan terkenal dalam kalangan masyarakat Scandinavian. Makanan ini merupakan antara legasi kulinari ditinggalkan oleh Portugis di India dan dipanggil Rose de Coque atau Rose de Cookies.

Di India, kuih ini juga dikenali sebagai Achappam yang membawa maksud acuan atau loyang bagi perkataan ach dan appam adalah roti atau kuih. Selain di Kala, kuih ini juga turut terkenal di Tamil Nadu dan masyarakat di sana memanggilnya sebagai Achu Murukku.

Walau bagaimanapun, di Malaysia kuih ini dipanggil sebagai kuih goyang kerana sebaik sahaja dimasukkan ke dalam minyak yang panas ia perlu digoyangkan agar ia tertanggal secara sendiri dari acuan.

Bagi mendapatkan saiz dan bentuk yang sama, kuih ini perlu menggunakan acuan tembaga yang terdiri daripada pelbagai jenis serta diperbuat daripada tepung beras, santan, dan gula.

Baca Artikel Berkaitan: “Nangis Nenek Moyang Kami Tengok Ni” – Ramai Beri Reaksi Lucu Bila Kuih Goyang Jadi ‘Fancy’ [Video]


Siapa Sebenarnya Reynold Poernomo Ini?

Nama Reynold Poernomo ini mula diperbahaskan apabila ramai yang teruja dengan kemunculan Kuih Goyang versi ‘fancy’ yang dikenali sebagai Rosette.

Malah, video yang telah dimuat naik olehnya menerusi TikTok telah berjaya meraih lebih 3.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis. Mungkin ramai yang memberikan reaksi berbeza, namun tidak dinafikan bahawa penciptaan Kuih Goyang oleh Reynold sememangnya begitu mengagumkan.

Macam itu je dia ‘tweak’, terus nampak mahal.

Untuk pengetahuan umum, Reynold Poernomo berasal dari Indonesia dan telah berhijrah ke Sydney, Australia pada tahun 1999 ketika umurnya 4 tahun. Reynold terlibat dalam kehidupan yang penuh dengan makanan.

Ketika membesar, Reynold sering terkesan dengan pengaruh makanan di setiap sudut kehidupannya. Ibu dan bapanya bekerja di restoran, manakala abang-abang sulungnya pula terlibat dalam industri perhotelan.

Minatnya dalam dunia masakan bermula pada usia 14 tahun di mana dia mulai mempamerkan bakat dan kreativitinya melalui hidangan makanan. Pada awalnya, ia hanyalah sekadar hobi, malah kemudiannya semakin berkembang menjadi projeknya setiap hari.

Bermula daripada percubaan yang tidak berkesudahan, memasak dari buku masakan kelas atas, menonton tutorial memasak, dan menjadi juru masak hasil belajar sendiri.

Sumber: Instagram @reynoldpoer

Pada tahun 2015, Reynold membuat kemunculan pertama di Masterchef Australia dan dinobatkan sebagai ‘Dessert King’ ketika menjadi salah seorang finalis dalam pertandingan memasak tersebut.


Karier Reynold

Pada tahun 2016, ibunya yang dikenali sebagai Ike dan abang-abangnya (Ronald dan Arnold Poernomo) mendirikan KOI Dessert Bar yang fokus kepada pastri dan pencuci mulut berkualiti tinggi. Kini, tempat itu telah menjadi salah satu lokasi paling popular di Sydney dengan pengikut setia dan namanya terkenal di seluruh dunia.

Sumber: Instagram @reynoldpoer

Pada tahun 2017, KOI Dessert Kitchen kemudiannya dibangunkan sebagai dapur produksi utama, memperluaskan lagi jenama KOI Dessert Bar. Dapur ini juga menjadi tuan rumah Masterclass di lokasi tersebut.

Pada tahun yang sama, Monkey’s Corner juga didirikan bersama abang-abangnya. Ia merupakan sebuah restoran/bar kecil yang memfokuskan kepada hidangan berinspirasi Jepun dan menyajikan koktail-koktail unik.

Sumber: TikTok | Instagram | reynoldpoernomo.com.au


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd