Now Reading
Kedai Makan Non-Muslim Viral Di Ipoh, Ramai Persoal Tentang Hukum & Sijil Halal

Kedai Makan Non-Muslim Viral Di Ipoh, Ramai Persoal Tentang Hukum & Sijil Halal

Berdasarkan kenyatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), kedai makan New Hollywood di Ipoh adalah berstatus tidak halal.

status halal new hollywood ipoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda bercuti ke Ipoh, akan ada satu kedai makan yang popular di bandar tersebut dikenali sebagai New Hollywood. Katanya kalau tak singgah menjamu selera di sini, trip anda di Ipoh memang tidak lengkap!

Antara hidangan yang menjadi perhatian ramai adalah seperti Kuey Teow goreng, Chee Cheong Fun, dim sum dan lain-lain.

Kebiasaannya, pelanggan yang ingin menikmati sarapan di lokasi itu perlu datang awal bagi mengelakkan dari terpaksa beratur panjang.


Status Halal Kedai Makan New Hollywood Di Ipoh Jadi Persoalan Ramai Netizen Di Media Sosial

Namun baru-baru ini menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter) (@cheajibsayang), kedai makan New Hollywood kembali tular dan menjadi topik sensasi di media sosial apabila ada pihak mendakwa premis itu tidak sesuai untuk dikunjungi oleh individu beragama Islam.

Sesetengah netizen turut mempersoalkan status halal premis makanan berkenaan memandangkan kebanyakan tukang masak adalah individu bukan beragama Islam.

Malah, ada juga yang berasa pelik mengapa ramai golongan beragama Islam memilih untuk menikmati hidangan di kedai tersebut.

Dalam pada itu, segelintir netizen pula berpendapat tiada masalah untuk makan di kedai tersebut kerana terdapat peniaga berbangsa Melayu yang turut menjual hidangan di lokasi sama.

Sumber: Twitter

Jabatan Agama Islam Perak Beri Penjelasan Tentang Status Halal Kedai Makan New Hollywood Di Ipoh

Isu status halal berkaitan kedai makan New Hollywood pernah hangat diperkatakan pada tahun 2018 dan mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Berdasarkan kenyatan yang dikeluarkan oleh JAIPk dan telah dikemaskini pada tahun 2021, kedai makan New Hollywood itu disahkan tidak memiliki sijil Halal.

Susulan itu, pihak JAIPk menasihati masyarakat beragama Islam untuk mengelakkan dari memasuki sesebuah premis jika berasa ragu-ragu.

Dalam pada itu, orang ramai juga disyorkan untuk tidak mudah terpengaruh dengan kedai-kedai yang tular dan membuat semakan terlebih dahulu.


Hukum Individu Beragama Islam Makan Masakan Yang Dimasak Oleh ‘Non-Muslim’

Menerusi info yang dipetik dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, individu beragama Islam dibenarkan untuk menikmati masakan yang disediakan oleh orang bukan Islam, dengan syarat sumber masakan yang digunakan adalah halal.

Mungkin ada juga yang akan mempersoalkan tentang perkakasan masakan yang digunakan berkemungkinan pernah memasak hidangan tidak halal sebelum ini.

Sumber: Twitter Ajib Too/ KL Foodie

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa penyediaan makanan menggunakan perkakas yang pernah memasak makanan tidak halal tidak menjadikan sesuatu hidangan itu menjadi haram.

Ini kerana terdapat cara cucian yang berbeza yang boleh diaplikasikan untuk membasuh perkakas yang memasak hidangan tidak halal seperti khiznir iaitu dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali menggunakan air mutlak bercampur tanah.

Walau bagaimanapun, mazhab Syafie berpendapat bahawa makruh hukumnya jika menikmati makanan yang dimasak menggunakan perkakas sama untuk memasak hidangan tidak halal.

Sebagai umat Islam yang bertaqwa, adalah lebih baik jika anda berhati-hati dalam mengambil sebarang hidangan yang disediakan sebelum ianya menjadi darah daging.

Sumber: Malaysia Bersuara | Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan | Jabatan Agama Islam Perak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd