Now Reading
The 1975 Diarah Bayar Ganti Rugi RM12.3 Juta Atau Tindakan Akan Diambil Di Mahkamah England

The 1975 Diarah Bayar Ganti Rugi RM12.3 Juta Atau Tindakan Akan Diambil Di Mahkamah England

Kegagalan The 1975 untuk mengakui dan membayar ganti rugi seperti yang diminta oleh pihak FSA akan mengakibatkan tindakan undang-undang bakal diambil di Mahkamah England.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kumpulan The 1975 telah ‘disajikan’ dengan notis selama tujuh hari oleh penganjur Good Vibes Festival 2023, Future Sound Asia, untuk membayar lebih RM12.3 juta sebagai ganti rugi atas kontroversi baru-baru ini semasa ulang tahun ke-10 GVF 2023.

Hari ini (8 Ogos 2023), Peguam Perundangan FSA iaitu David Mathew dari Steven Thiru & Sudhar Partnership, memberitahu Malay Mail bahawa firma tersebut telah menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Ogos 2023 kepada The 1975.

“Dalam surat tersebut, FSA menuntut agar The 1975 mengaku tanggungjawab mereka dan juga membayar jumlah sebanyak £2,099,154.54 (RM12,347,967.91) dalam masa tujuh (7) hari.

“Surat Tuntutan ini ditulis mengikut peruntukan English Practice Direction Pre-Action Conduct and Protocol yang merupakan sebahagian daripada English Civil Procedure Rules.”

Tindakan undang-undang ini diambil selepas GVF2023 dibatalkan bulan lalu setelah penyanyi utama The 1975, Matt Healy telah mencetuskan kontroversi besar ketika persembahannya pada malam pertama festival berkenaan.

Menurut David, tuntutan FSA terhadap The 1975 pada dasarnya adalah kerana perlanggaran kontrak yang disengajakan.

“Wakil Healy dengan tegas memberikan jaminan bertulis sebelum persembahan bahawa dia dan persembahan langsung The 1975 ‘akan mematuhi panduan dan peraturan tempatan’ semasa persembahan mereka di Malaysia.

“Walaupun begitu, jaminan itu diabaikan, dan tindakan The 1975 juga dengan jelas melanggar kontrak dengan FSA, yang mengakibatkan pembatalan festival dan menimbulkan kerugian yang besar kepada FSA.”

Kegagalan The 1975 untuk mengakui dan membayar ganti rugi seperti yang diminta oleh pihak FSA akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil di Mahkamah England.

Sumber: Malay Mail


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd