Now Reading
[Video] Masih Belum ‘Move On’, Matt Healy Terus Sindir Malaysia Di Konsert Lollapalooza 2023

[Video] Masih Belum ‘Move On’, Matt Healy Terus Sindir Malaysia Di Konsert Lollapalooza 2023

Meskipun ayat itu tergantung, Rolling Stone di ruangan kapsyen berkata kenyataan itu seolah-olah ada kaitan dengan pengharaman The 1975 dari membuat persembahan di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Belum reda kekecohan yang dilakukan oleh Matt Healy di GVF2023, kini penyanyi kontroversi itu terus menjadi perbuatan hangat di media sosial apabila dia bertindak menyindir Malaysia ketika membuat persembahan di Konsert Lollapalooza 2023, Chicago, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Menerusi video tersebut yang dikongsikan akaun Instagram dan TikTok rasmi majalah RollingStone, Healy bagaimanapun tidak sempat menghabiskan kata-katanya gara-gara ‘dipotong’ dengan petikan gitar bagi intro lagu ‘It’s Not Living If It’s Not With You’ yang dimainkan secara tiba-tiba.

“Kamu semua ingin tahu tip ‘travel’ saya? Jangan pergi ke…,” kata Healy tanpa sempat menghabiskan ayatnya.

Meskipun ayat itu tergantung, Rolling Stone di ruangan kapsyen berkata, kenyataan itu seolah-olah ada kaitan dengan pengharaman The 1975 dari membuat persembahan di Malaysia.

Matty Healy nampaknya menyindir (tindakan) kumpulan itu diharamkan dari Malaysia semasa persembahan di Lollapalooza.

Majalah Rolling Stone.

Namun menerusi semakan kami di posting Rolling Stone yang lain, tiada sebarang kontroversi tambahan yang dilakukan Healy ketika beraksi di sana.

Sebaliknya dia hanya beraksi normal, jauh sama sekali dari kelakuan ‘tidak siuman’ yang dipamerkannya ketika mengadakan persembahan di GVF 2023.

Pun begitu, ada di kalangan peminat muzik di sana yang mengkritik nyanyian dan persembahannya yang disifatkan sebagai ‘cringe’.

Sebagai rekod, tindakan tidak siuman Healy di Malaysia bukanlah yang pertama kali, malah dia sebenarnya cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi dan sikap ‘problematic’ baik di pentas mahupun di luar.

Baca Artikel Berkaitan: Hina Undang² Malaysia & Cium Bassist The 1975 Semasa Perform, Ini Kontroversi Lain Babitkan Matty Healy


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd