Now Reading
[Video] Warga Emas Bangsa Cina Dedah Baca Doa & Surah Yasin Setiap Hari Jadi Punca Diri Sihat

[Video] Warga Emas Bangsa Cina Dedah Baca Doa & Surah Yasin Setiap Hari Jadi Punca Diri Sihat

“Bila saya tanya apakah rahsianya, pakcik itu menjawab hari-hari saya doa dan baca 17 ayat pertama dari surah Yasin. Malah dia siap baca dua kalimah syahadah.”

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bacaan Yasin memiliki banyak manfaat dan kelebihan buat golongan yang membacanya. Malah, selain menunaikan Solat Taubat, membaca Surah Yasin juga adalah untuk memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan.

Sebab itulah Surah Yasin ini sangat baik untuk dibaca pada setiap hari. Dan adalah lebih elok jika anda boleh menghayati maksud di sebalik surah ini.

“Sesiapa yang membaca surah Yasin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT, nescaya akan diampunkan dosanya.”

(Hadis Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban).


Tular Driver Grab Warga Emas Hafal Surah Yasin, Praktik Baca Setiap Hari

Baru-baru ini, satu kejadian luar biasa telah berlaku dan mengejutkan orang ramai di mana seorang warga emas berusia 71 tahun berbangsa Cina dikatakan boleh menghafal beberapa kerat ayat dari Surah Yasin.

Warga emas tersebut merupakan seorang pemandu e-hailing Grab.

Menerusi hantaran Facebook Roseni Kamaruddin, dia pada awalnya menaiki Grab dari Batu Belah untuk ke AEON Bukit Tinggi, Klang. Ketika berbual mesra bersama pemandu Grab berkenaan, dia melontarkan soalan tentang apakah rahsia warga emas itu kelihatan muda dan sihat meskipun sudah berumur?

Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh pemandu Grab tersebut membuatkannya terkedu apabila diberitahu bahawa dia membaca doa dan 17 ayat pertama dari Surah Yasin pada setiap hari.

Bila saya tanya apakah rahsianya, pakcik itu menjawab hari-hari saya doa dan baca 17 ayat pertama dari surah Yasin. Malah dia siap baca dua kalimah syahadah.

Roseni Kamaruddin.

Bagaimana dia boleh menghafal ayat dari Surah Yasin? Warga emas berbangsa Cina itu memberitahu ia adalah hasil pergaulannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu semasa bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu.


Baca Surah Yasin Dengan Lancar Dari Ayat 1 – 10

Menerusi video yang dikongsikan, Surah Yasin tersebut dibacakan dengan lancar bermula ayat satu sehingga 10 meskipun ada beberapa hukum tajwid yang perlu diperbetulkan, namun untuk seseorang yang bukan Islam, ia dikira sebagai lancar.

Sejujurnya, kami pun berasa sangat teruja dengan pakcik ini.

Perkara ini meraih perhatian ramai di mana rata-rata dilihat mendoakan warga emas ini untuk diberikan hidayah oleh Allah SWT dan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup di dunia ini.


Garis Panduan Pengurusan Saudara Baru (Mualaf)

Penyebaran dakwah Islamiah di Malaysia telah memberikan kesan yang positif di mana ramai masyarakat yang bukan Islam telah mulai mengenal, memahami serta mengkaji tentang Islam dan akhirnya mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Islam sebagai agama yang prihatin pada awalnya telah memberikan jaminan kepada Saudara Baru dan ahli keluarganya yang turut memeluk Islam bahawa nasib mereka akan dibela sehingga mereka boleh berdikari.

Mana-mana orang yang menguruskan pengislaman seseorang yang ingin masuk Islam bertanggungjawab memberikan penerangan mengenai Islam, pengertian Dua Kalimah Syahadah, tugas, dan kewajipan sebagai seorang Islam.

Seseorang yang ingin masuk Islam perlulah mengucap Dua Kalimah Syahadah di hadapan Pendaftar Mualaf atau mana-mana pegawai yang menguruskan pengislaman seseoran dengan disaksikan oleh seorang saksi lelaki.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd