Now Reading
“Allahu, Terpilih Untuk Lihat Pintu Kaabah Dibuka” – Wanita Ini Luah Rasa Syukur Dapat Rasai Momen Bersejarah

“Allahu, Terpilih Untuk Lihat Pintu Kaabah Dibuka” – Wanita Ini Luah Rasa Syukur Dapat Rasai Momen Bersejarah

Pintu Kaabah hanya akan dibuka dua kali dalam masa setahun untuk tujuan pembersihan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Rezeki yang tidak disangka-sangka.”

Berikut merupakan ungkapan seorang wanita menerusi laman Instagram (@saidah_skinelle) apabila dia dikatakan dapat melihat sendiri pintu Kaabah dibuka pada waktu solat Subuh ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Tidak dinafikan, ia merupakan salah satu momen yang tidak dapat digambarkan.

Saidah pada ketika itu berada di lokasi bersama seorang lagi rakannya iaitu bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dikenali sebagai Shu.

Shuhada, 29, juga sempat merakam momen di mana pintu Kaabah dibuka sambil tidak berhenti berdoa memohon kebaikan daripada Yang Maha Esa.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!!! Kaulah Maha Baik ya Allah. Terima kasih atas segalanya ya Allah, Terima kasih untuk ujianMu, Terima kasih untuk nikmatMu, Alhamdulillah, Aku termasuk dalam golongan orang orang yang beruntung ya Allah

Shuhada.

Menerusi perkongsian video berkenaan, jelas dilihat para petugas dan polis bantuan di Masjidil Haram sedang menuju ke pintu Kaabah bagi membuka pintu dan membersihkan kawasan di sekelilingnya.

Shu dalam masa yang sama turut berkongsi kegembiraan apabila dia dapat memegang sendiri kain yang digunakan untuk mengelap dinding Kaabah.

Untuk rekod, Shu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah pada Sabtu lalu (29 Julai 2023). Dia turut memohon orang ramai agar urusan ibadahnya dipermudahkan.


Pintu Kaabah Dibuka Untuk Tujuan Pembersihan

Kaabah merupakan tempat yang dikelilingi oleh umat Islam dari setiap penjuru dunia pada setiap tahun. Pintu Kaabah disebut Bab ar-Rahmah, yang bermaksud “Pintu Rahmat”. Ia berfungsi sebagai pintu masuk dan memberikan ‘akses’ ke Rumah Allah SWT.

Dahulu, pintu Kaabah akan dibuka dua atau tiga kali dalam sebulan untuk memberikan kesempatan kepada orang yang layak untuk memasukinya. Namun peraturan itu telah ditukar kepada dua kali setahun sahaja.

Pertama, pada awal bulan Sya’ban atas tujuan pembersihan. Kedua, pada awal bulan Zulhijjah juga untuk tujuan pembersihan dan dipakaian Kiswah yang baharu.

Kaabah juga tidak akan dibuka pada waktu yang sebarangan untuk mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diingini kerana jemaah sedang bersesak-sesak.

Menurut sejarah Islam, Kaabah telah dibina 5,000 tahun dahulu oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS. Struktur awal Bayt Allah hanya terdiri daripada empat dinding dan tidak mempunyai bumbung atau pintu kecuali bukaan di dinding timur untuk masuk dan keluar dari ruang suci.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd