Now Reading
Bayi Tertelan Najis & Kena Jangkitan Kuman Kritikal, Perlu RM420,000. Ibu Ini Rayu Bantuan Serta Doa Rakyat Msia

Bayi Tertelan Najis & Kena Jangkitan Kuman Kritikal, Perlu RM420,000. Ibu Ini Rayu Bantuan Serta Doa Rakyat Msia

Menerusi carian TRP, setakat jam 3:15pm (26 Julai 2023), dana untuk membantu kos perubatan Myo yang menghidap jangkitan paru-paru kini mencecah RM15,103 di mana seramai 610 orang yang telah menghulurkan bantuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang pengguna Instagram (@sxrxhismyname) menerusi satu hantaran panjang telah meminta bantuan dan ihsan orang ramai untuk merawat bayi lelaki yang merupakan cahaya mata pertamanya iaitu Malique Myo bin Khairul Baqi Hakimi yang kini sedang berada dalam keadaan kritikal di Hospital KPJ Puteri, Johor Bahru.

Menurut ibu berkenaan, dia memuat naik hantaran ini bertujuan untuk meraih bantuan daripada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan sama ada dari segi kewangan mahupun sekadar berdoa atau menyebarkan hantaran berkenaan.

“Saya dan suami dengan rendah hati ingin meminta bantuan semua yang membaca post ini untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi kami menampung kos perubatan anak pertama kami, Malique Myo bin Khairul Baqi Hakimi yang sekarang ini masih kritikal di KPJ Puteri, Johor Bahru. Jika tidak mampu bantu dari segi kewangan, cukuplah sekadar doa dari kalian, dan bantu share post ini,” tulisnya.


Apa Sebenarnya Yang Terjadi Kepada Bayi Ini?

Jelas wanita yang dikenali sebagai Sarah ini, putera pertamanya itu telah tertelan najis semasa berada di dalam kandungan dan perkara itu menyebabkan berlakunya jangkitan kuman yang teruk dalam paru-paru sehingga mencapai tahap kritikal.

Lebih hiba, bayi kecil itu kini perlu ditidurkan dan hanya bernafas menggunakan bantuan alat pernafasan. Malah, Myo hanya boleh meminum susu melalui tiub, 20ml setiap tiga (3) jam, bersamaan dengan 5.4oz setiap 24 jam.

Sarah dalam hantaran sama tidak ketinggalan untuk menjelaskan (breakdown) kos yang perlu ditanggung oleh keluarga untuk merawat putera kecilnya itu.

“Total bill sehingga hari ini (11/7/2023-25/7/2023) sudah mencecah RM80,000.000+- dan masih berjalan.

“Anggaran kos satu hari adalah RM7,000-RM10,000 bergantung kepada keadaan Myo. Doktor estimate Myo perlu warded sekurang kurangnya 2 bulan. RM7,000 x 60 hari = RM420,000.00.”

Bagi anda yang bertanya, mengapa tidak pindahkan Myo ke Hospital Kerajaan bagi mendapatkan subsidi?

“Kami masih belum dapat memindahkan Myo ke hospital kerajaan atas sebab tiada kekosongan dan keadaan Myo yang tidak sesuai untuk travel,” jelas Sarah.


Kempen Bantu Myo Menerusi Kitafund

Sarah dalam hantaran sama turut memaklum sekiranya rakyat Malaysia yang sudi untuk menghulurkan bantuan bagi meringkan bebannya serta suami, dia telah menyertakan pautan Kitafund di bio Instagram miliknya sekiranya ada yang ingin membantu.

LINK KITAFUND: https://kitafund.com/15487-danaperubatanmalique

Walau bagaimanapun, jika mana-mana pihak lebih senang untuk melakukan transaksi kepada akaun bank rasmi Sarah mahupun suami, anda boleh meninggalkan mesej (DM) menerusi Instagram.

Di akhir hantaran, Sarah turut mendoakan orang ramai yang ingin membantu agar mereka diberikan kesihatan yang baik.

“Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi. Tabarakallah.”


Dana Bantuan Cecah RM15,000

Menerusi carian kami di pautan Kitafund setakat artikel ini ditulis pada jam 3:15pm (26 Julai 2023), dana bantuan untuk membantu kos perubatan Myo yang menghidap jangkitan paru-paru kini mencecah RM15,103 di mana seramai 610 orang yang telah menghulurkan bantuan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd