Now Reading
Tak Cukup 4 Hari, Coldplay Tambah Hari Ke-5 Untuk Persembahan Di Singapura Pada 30 Januari 2024

Tak Cukup 4 Hari, Coldplay Tambah Hari Ke-5 Untuk Persembahan Di Singapura Pada 30 Januari 2024

Sejak pengumuman Music Of The Spheres World Tour mereka bermula pada bulan Mac, Coldplay telah menjual lebih 7 juta tiket. Ia adalah yang paling banyak untuk mana-mana tour sepanjang dua tahun yang lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, pada 12 Jun lalu Coldplay telah mengumumkan bakal tampil di National Stadium Singapore selama empat malam pada tarikh 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024. Selain Singapura, band ini juga bakal menambah Manila dan Bangkok ke dalam World Tour mereka pada 19 Januari dan 3 Februari 2024.

BACA LANJUT: Coldplay Umum Konsert Di Singapura Selama 4 Malam Pada Januari 2024

Pra-jualan tiket konsert akan diadakan pada hari ini (19 Jun) dari jam 2 petang hingga 11.59 malam. Manakala jualan umum akan bermula pada 20 Jun dari pukul 2 petang melalui Ticketmaster dengan harga tiket bermula dari S$68 (RM233.98), tidak termasuk bayaran tempahan.


Coldplay Tambah Hari Ke-5 Untuk Persembahan Di Singapura

Namun tak sampai beberapa jam, Coldplay secara rasmi mengumumkan tarikh kelima di Singapura selepas mengalami jualan yang memecahkan rekod awal hari ini (19 Jun). Ini menjadikan band itu sebagai aksi muzikal pertama yang bermain lima malam di Stadium Nasional Singapura.

Band itu turut mendedahkan bahawa mereka juga telah memecahkan rekod penjualan tiket paling banyak oleh artis iaitu melebihi 200,000.

Sejak pengumuman Music Of The Spheres World Tour mereka bermula pada bulan Mac, Coldplay telah menjual lebih 7 juta tiket. Ia adalah yang paling banyak untuk mana-mana tour sepanjang dua tahun yang lalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd