Now Reading
Nombor Plat ‘FF8’ Pecah Rekod Bidaan Tertinggi, Kutipan Cecah RM34.3 Juta

Nombor Plat ‘FF8’ Pecah Rekod Bidaan Tertinggi, Kutipan Cecah RM34.3 Juta

FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida dengan nilai RM950,000.

ff8 jpj

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sejak diperkenalkan, nombor pendaftaran siri ‘FF’ kini berjaya memecah rekod kutipan tertinggi di Malaysia sejak bidaan dalam talian dibuka. Ia kini mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM34.3 juta yang juga hasil kutipan tertinggi dalam sejarah e-bidding.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa berdasarkan rekod, ‘FF8’ menduduki bidaan tertinggi iaitu RM950,000. FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida dengan nilai RM950,000, diikuti:

  • FF9 (RM911,999)
  • FF3 (RM639,000)
  • FF2 (RM638,000)
  • FF7 (RM633,000)

Beliau dalam masa yang sama berkata, lima nombor pendaftaran paling diminati ialah FF199 yang dibida 34 orang, manakala FF51 (32 pembida), diikuti FF155, FF555 dan FF1688 yang masing-masing dibida 29 individu.

Siri ‘FF’ ini digilai ramai oleh kerana trend masyarakat yang meminati nombor pendaftaran yang abjadnya serupa.

FF ini saya difahamkan ramai pemilik kenderaan Ferrari yang minat. Sudah tentu FF nombor siri yang sangat istimewa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bidaan Dinaikkan Saat Akhir

Mengulas lanjut, Anthony Loke turut memaklumkan bahawa proses bidaan yang sepatutnya ditutup pada 18 Mei lalu terpaksa dipanjangkan selama 24 jam kerana terlalu ramai yang menaikkan jumlah bidaan pada saat akhir.

Oleh itu, ia menyebabkan sistem Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) tergendala buat seketika.

Tambahan pula, proses bidaan antara 14 hingga 19 Mei lalu juga merekodkan penyertaan paling ramai membabitkan 34,032 pembida dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Jelasnya lagi, setiap pembida hanya dibenarkan untuk membida sebanyak tiga kali dan pembida tertinggi akan mendapat nombor tersebut.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua pengguna yang mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui aplikasi JPJeBid.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd