Now Reading
[Video] “Saya Nak Pi Kedai” – Budak 6 Tahun Pandu Vios Terbabas Di Langkawi

[Video] “Saya Nak Pi Kedai” – Budak 6 Tahun Pandu Vios Terbabas Di Langkawi

Cara kedua-dua beradik ini memandu adalah si abang mengawal roda stereng, manakala si adik pula mengawal pedal pendikit sebelum kereta jenis Toyota Vios itu terbabas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebuah video tular di media sosial pada awal pagi ini telah menggemparkan orang ramai apabila klip video berkenaan menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih dipandu oleh dua kanak-kanak kecil.

Kedua-dua mereka berusia tiga dan enam tahun.

Menerusi klip video tular itu, kejadian dipercayai berlaku sekitar malam tadi di mana kedua-dua adik beradik tersebut dikatakan ingin ke kedai yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari rumah mereka tanpa pengetahuan ibu bapa.

Menurut Paultan, cara mereka berdua memandu adalah si abang mengawal roda stereng, manakala si adik pula mengawal pedal pendikit. Kenderaan tersebut bagaimanapun telah terbabas dan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sebelah kiri susulan insiden itu.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang jam 11.15 malam (9 Mei).

Laporan Berita Harian memaklumkan bahawa kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang itu telah terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

Insiden menyebabkan pemandu kereta iaitu si abang telah mengalami luka di bahagian dahi, manakala adiknya tidak tercedera.

Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd