Now Reading
“Ini Dalam Kapal Ke Syurga?” – Penerbangan Scoot Bangkok – Singapura Patah Balik Lepas Kabin Dipenuhi Asap

“Ini Dalam Kapal Ke Syurga?” – Penerbangan Scoot Bangkok – Singapura Patah Balik Lepas Kabin Dipenuhi Asap

Menurut laman penjejakan penerbangan Flightradar, Airbus A321 itu melakukan sekurang-kurangnya empat pusingan berhampiran dengan Pulau Ko Si Chang di selatan Thailand sebelum kembali ke Bangkok.

scoot

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penerbangan Scoot yang menuju ke Singapura dari Bangkok terpaksa kembali ke ibu negara Thailand pada hari Isnin (8 Mei).

Gambar yang dimuat naik oleh The Straits Times menunjukkan asap berkepul di dalam kabin penerbangan TR605, yang telah berlepas dari Bangkok pada jam 3.56 petang waktu tempatan (4.56 petang waktu Singapura) dan pada awalnya dijadualkan tiba di Singapura pada jam 7.15 malam.

Pihak penerbangan Scoot bagaimanapun menjelaskan bahawa insiden asap di dalam kabin adalah daripada wap air dari penyejuk udara dan tiada kaitan dengan kerosakan teknikal.

Sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan, keputusan dibuat untuk kembali ke Bangkok.

Jurucakap syarikat penerbangan Scoot, menerusi The Straits Times.

230 penumpang penerbangan berkenaan setelah itu diberikan minuman segar sejurus pesawat mendarat di Bangkok pada jam 5.09 petang waktu tempatan.

@cheeken_sotong Literally dk if im on the plane or in heaven😓 wtf is this smoke #scoot #travel ♬ original sound – Trueno

Menurut laman penjejakan penerbangan Flightradar, Airbus A321 itu melakukan sekurang-kurangnya empat pusingan berhampiran dengan Pulau Ko Si Chang di selatan Thailand sebelum kembali ke Bangkok.

Pesawat itu kemudian berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada jam 7.27 malam waktu tempatan selepas kerosakan itu berjaya diperbaiki.

Penerbangan tersebut dilaporkan tiba di Singapura pada jam 10.26 malam.

Seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Kumar memaklumkan juruterbang mengumumkan 30 minit selepas penerbangan bermula bahawa terdapat isu pengudaraan dan mereka perlu berpatah balik.

Ada bau lembap, seolah-olah ada sesuatu yang bocor.

Kumar, menerusi The Straits Times.

Pihak Scoot dalam masa sama turut memohon maaf atas gangguan dan kesulitan yang dihadapi serta menyatakan bahawa keselamatan penumpang dan kru penerbangan adalah keutamaan mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd