Now Reading
Apa Jadi Jika KWSP Dicarum 20 Peratus? Penulis Geopolitik Ini Beri Penjelasan Ringkas

Apa Jadi Jika KWSP Dicarum 20 Peratus? Penulis Geopolitik Ini Beri Penjelasan Ringkas

Sekiranya caruman KWSP akan naik sampai 20%, perkara ini akan memberikan impak kepada majikan.

caruman KWSP 20 peratus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan cadangan untuk menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, Anwar dalam masa yang sama memberitahu bahawa cadagan berkenaan sudahpun dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Isu kenaikan caruman KWSP berkenaan tidak dinafikan telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada beberapa pihak di mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan terbabit.

Malah, menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan menjelaskan bahawa sekiranya cadangan tersebut ingin dilaksanakan, caruman perlu dibuat secara bersama di antara majikan dan pekerja.

Kadar caruman yang dicadangkan iaitu meningkatkan caruman kepada 20 peratus untuk pekerja-pekerja bergaji di bawah RM4,000 sebulan adalah terlalu tinggi. Ianya akan membuatkan banyak syarikat-syarikat gulung tikar. Isu yang lebih besar adalah bagaimana kita harus menangani peningkatan kos sara hidup yang tinggi

Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan kepada TV3.

Memetik laporan, jelas beliau lagi, cadangan itu hanya akan melibatkan penambahan kos yang besar dan seterusnya memberikan kesukaran kepada majikan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), serta pengusahan perniagaan mikro.


Apa Akan Jadi Kalau KWSP Dicarum 20 Peratus?

Isu ini juga telah mendapat perhatian seorang penulis isu politik serta sejarah geopolitik di Twitter iaitu @AhmadFaezal4 di mana dia dilihat membahas isu ini menerusi bebenang di laman sosial berkenaan bagi memberikan informasi buat orang ramai.

Menerusi bebenang tersebut, dia turut menekankan bahawa isu kenaikan caruman KWSP ini bagaimanapun masih belum dipersetujui oleh kesemua pihak, di mana ianya masih berada pada ‘mode’ perbincangan.

Namun, jika kadar caruman dilaporkan naik, apakah kesan baik dan buruknya?

Apabila kadar ni naik, tu maksudnya simpanan hari tua pekerja akan naik. 20% tu tinggi. Gaji RM1,500 boleh dapat dalam RM300 (dari majikan). Kalau gaji tak naik 30 tahun, simpanan tu dah cukup nak dapat RM312K. Mustahil lah kan gaji tak naik langsung.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Jelasnya lagi, simpanan hari tua sebegini banyak sudah mencukupi untuk membuatkan rakyat tidak bergantung kepada pihak kerajaan. Tak perlu dah nak dapat bantuan masa tua, tegasnya.

Sakit pergi swasta agaknya. Maintain insurans masa muda. Roll simpanan boleh selesa sampai bila-bila. Tapi itulah, nampak macam terlalu utopia.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Consequences.

Mengulas lanjut, sekiranya caruman KWSP akan naik sampai 20%, perkara ini akan memberikan impak kepada majikan. Bisnes besar tak akan ada masalah (tapi mereka tetap bising kata bermasalah), jelasnya.

Tapi bisnes kecil, boleh sakit teruk. Sebab caruman tu naik setiap pekerja. Kalau ada 10 pekerja? Situ dah sakit.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Bagi pihak SME pula, mereka akan mencari jalan lain untuk mengimbangi kos iaitu:

  • Kurangkan potensi naik gaji (naik gaji = naik caruman).
  • Kurangkan intake pekerja baru.

Menurutnya, jalan kedua itu sudah berkaitan dengan kadar pengangguran. Dan pekerja sedia ada mungkin kena buat kerja lain tanpa kenaikan gaji.

Benda ni takkan jadi kat industri persaingan rendah dan margin untung tinggi. Tapi industri persaingan tinggi dan margin untung sederhana atau rendah? Pasti terjadi. Bab untung ni yang masalah sikit. Katakanlah caruman baru ni buat overhead cost naik RM5,000 sebulan.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Caruman Naik, Gaji Tak Naik.

Dia juga turut memberikan senario perkara yang paling disukai oleh orang ramai apabila caruman dinaikkan tetapi gaji pekerja masih tidak naik.

Ya, amat mengelirukan.

  • Gaji: RM1.5K
  • Caruman majikan (13%): RM195
  • Sekarang Caruman baru (20%): RM300 (+RM105)

Jelasnya, caruman pekerja tidak perlu kira. Tak penting kat sini. Sebab yang naik sebenarnya (+RM105) tu. Bukan (RM1.5K).

Situasi inflasi ni, simpanan KWSP naik… tapi komitmen harian pula kacau. Gaji tak naik. Nampak tak? Itu yang ramai pelik. Kenapa fokus pada caruman majikan? Kenapa tak fokus pada kenaikan gaji? Bab ni bulan depan katanya akan bincang. Tapi sebelum cakap pasal tu kena tengok dulu kalau ada kaedah nak elak inflasi tu. Memang ada cara. Bagi pelepasan cukai kat syarikat.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Contoh yang diberikan adalah; “Ikut skim 20%, dapat pelepasan sekian-sekian.”

Dengan cara itu, kos tak akan naik, harga barangan tak perlu naik. Semua orang happy. Pekerja dapat simpanan lebih. Majikan tak rugi. Kerajaan pula?

Kerajaan juga tak rugi apa-apa. Yup. Cukai akan kurang. Tapi hasil negara (revenue) tak kurang. Nak kurang apanya kalau kerajaan dapat guna duit KWSP? Yang carum extra tu bukan pekerja guna serta-merta. Kena simpan guna masa tua. Kalau hari tua tu 30 tahun akan datang?

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Tegas Faezal, tindakan ini tidak bodoh, ada asasnya. Cuma asasnya bawa tempias atau tidak sahaja.

Mengulas lanjut, selain inflasi, pelabur juga mungkin kurang masuk parking duit mereka. Jadi ini akan menjadi dasar tidak popular. Jelasnya lagi, impak Perdana Menteri ketika ini kepada ekonomi belum besar sebab baru 160+ hari pegang kerajaan.

Tempoh itu bagaimanapun tidak cukup untuk pasca-pandemik dan poliyik sebelum ini retak menanti belah.

Namun, Anwar jelasnya sudah menunjukkan ketegasan bab isu lama KWSP ini dan ‘tak bagi muka’. Cumanya, mereka melanjutkan tentang ‘pelepasan cukai untuk SSPN’.

Jadi kita tak berapa nampak big impact Anwar lagi. Kalau macam Najib, pentadbiran dia tak kisah dikecam. GST tak popular tu maintain jer.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Anwar & Najib.

Faezal turut mengulas tentang kedua-dua ahli politik iaitu Datuk Seri Najib dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana kedua-dua Perdana Menteri ini memegang negara pasca-krisis ekonomi.

Najib dengan Great Recession. Anwar dengan pasca-pandemik.

Tapi Najib dari awal nampak berani dan tak kisah kena kecam. Tahun 2010, dia potong subsidi minyak dan diesel. Lepas tu dia target subsidi gula. Situ nampak Najib ni macam mana. Economic-wise, pentadbiran Anwar mungkin kita akan nampak dalam masa setahun lagi. Tapi seandainya kadar caruman naik tanpa pelepasan cukai, tu tandanya Anwar dah ready nak harung cabaran yang menanti.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Jelasnya lagi, jika hasil negara dapat dikembangkan, itu tandanya kerajaan boleh berbelanja lebih. Namun, jika berbelanja lebih daripada hasil, itu sudah jadi ‘defisit’, iaitu berkaitan dengan hutang negara dan sebagainya.

Bab perbelanjaan pula, kerajaan Anwar sudahpun mengisytiharkan bajet RM386 bilion dan kesemua jumlah itu ada pecahannya tersendiri.

Nak main peranan fiscal discipline sekarang sangat susah. Sebab hasil Malaysia tahun lepas RM294.36 bilion jer. Dah defisit – RM91.78 bilion.

Ahmad Faezal menerusi Twitter.

Senarai Negara Yang Carum KWSP 20 Peratus Setakat Ini:

  • China.
  • Czechia (21.5).
  • Hungary (19.5).
  • Itali (23.81).
  • Latvia (24.09).
  • Lithuania (22.3).
  • Moldova (23).
  • Portugal (23.75).
  • Sepanyol (23.6).

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd