Now Reading
Baju Raya Sudah Tersusun Rapi, Warga Emas Meninggal Dunia Berseorangan 2 Hari Sebelum Aidilfitri

Baju Raya Sudah Tersusun Rapi, Warga Emas Meninggal Dunia Berseorangan 2 Hari Sebelum Aidilfitri

Warga emas tersebut dilaporkan sangat bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri meskipun tiada ahli keluarga yang masih hidup.

warga emas meninggal dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Death is inevitable.”

Berikut adalah ungkapan yang sentiasa terngiang-ngiang di kepala seseorang apabila kehilangan insan tersayang. Tidak kira sama ada muda ataupun tua, kematian itu adalah sesuatu yang pasti.

Tiada siapa pun boleh lari jika ajal mereka sudah tiba.


Pekerja Pembersihan Trauma Berhadapan Kes Paling Sedih Sepanjang Bertugas

Sebuah video viral telah dimuat naik menerusi TikTok oleh seorang pekerja syarikat DDQ Services, di mana syarikat ini menyediakan perkhidmatan pembersihan trauma.

Pekerja syarikat itu menjelaskan bahawa ini merupakan salah satu kes yang paling sedih sepanjang kerjayanya di syarikat berkenaan.

Menerusi video sama, ia jelas menunjukkan sebuah tilam kotor yang ditinggalkan di atas lantai serta dicemari dengan air paip pembetungan yang tersumbat, cecair badan manusia, dan diikuti dengan sisa-sisa bau busuk.

Malah, ruangan bilik itu juga kelihatan seolah-olah tidak dikendali dan dibersihkan dalam tempoh yang lama.

DDQ Servis menerusi ruangan kapsyen video berkenaan menulis, “Saya ingin berkongsi tentang satu kes yang kami temui 2 hari sebelum Hari Raya. Tugasan ini membawa saya ke sebuah bilik sewa kecil di atas sebuah kedai di mana seorang lelaki Melayu tua telah meninggal dunia bersendirian.

“Jenazahnya hanya ditemui oleh pemilik kedai di bawah, apabila air yang dicampuri dengan bau tubuh telah meresap melalui lantai kedai. Setelah memasuki bilik itu, saya dihadapkan dengan pemandangan yang mengejutkan.

“Banjir hampir setinggi buku lali, gabungan air dari paip longkang tersumbat, cecair tubuh dan sisa-sisa mereput. Pemandangan itu amat menakutkan.

“Di tengah-tengah kekacauan, pandangan saya terarah kepada sudut bilik. Di situ, tersusun rapi sepasang baju melayu, sehelai samping, dan sepasang kasut.

“Barangan ini berbeza dengan pemandangan mengerikan di sekeliling, dan mereka menjadi peringatan yang menyentuh hati tentang kegembiraan yang bakal menanti warga emas tersebut dengan musim perayaan yang bakal menjelang tiba,” luahnya.

@ddqservices Hey guys, so I would like to share with you about a case we came across just 2 days before Raya. The job took me to a small rented room above a shophouse where an elderly Malay man had died alone. His body was only discovered by the shop owner below, when the smell and the pool of water mixed with bodily fluids had seeped through the shopfloor. Upon entering the room, I was confronted with a shocking sight. The flood was almost ankle-deep, a combination of water from a choked sewage pipe, bodily fluids, and remnants of decay. The murky water was filled with maggots swimming through the tainted water. The scene was distressing, and I couldn’t help but feel overwhelmed by the tragedy that had unfolded in this tiny room. In the midst of the chaos, my eyes were drawn to a corner of the room. There, hanging neatly, was a pair of baju kurung, a samping, and a pair of shoes. These items stood in stark contrast to the horrifying scene surrounding them, and they served as a poignant reminder of the Pakcik anticipation for the upcoming Raya celebration. As I began the somber process of cleaning the room, the shop owner shared with me the conversations he’d had with deceased a few days ago. The elderly man had no family or relatives left, and yet he had been looking forward to Raya, excited to celebrate the special occasion even if he had no one to share it with. He had also shared his dream of finally owning a home, a dream that was so close to becoming a reality. The Pakcik story is reminder for me of the importance of cherishing the relationships and moments that bring us happiness and to extend a helping hand to those who may be struggling in solitude. It taught me to hold on to hope even in the darkest of times, for life is fleeting, and we never know when our own story might come to an end. #bts #life #of #a #traumacleaner #in #singapore #traumacleaning #afterdeath #fypsg🇸🇬 #fypsg♥️ #fypsg ♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Mengulas lanjut, ketika dia ingin memulakan proses membersihkan bilik berkenaan, pemilik kedai di bawah telah menceritakan bahawa beberapa hari lalu mereka sempat berbual dengan warga emas itu.

Dia menjelaskan warga emas tersebut tidak mempunyai ahli keluarga mahupun saudara yang masih hidup.

Walau bagaimanapun, dia masih ternanti-nantikan Hari Raya untuk menjelang tiba dan sangat bersemangat untuk menyambut hari yang istimewa itu.

Arwah turut berkongsi impian untuk akhirnya memiliki rumah yakni impian yang hampir menjadi kenyataan.

Kisah Pakcik ini mengingatkan saya tentang kepentingan menghargai hubungan dan saat-saat yang membawa kebahagiaan kepada kita dan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang mungkin berjuang dalam diam.

DSS Services menerusi kapsyen TikTok.

NOTA: Menurut geotag yang diletakkan oleh DSS Services menerusi kapsyen di TikTok, insiden tersebut telah berlaku di Singapura. Namun, terdapat juga insiden serupa yang dilaporkan di Muar, Johor.

Pihak TRP bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sekiranya kedua-dua kes ini adalah berkaitan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd