[Video] 4 Tahun Tak Balik, Kakak Terbangkan Adik Dari Mesir Buat Kejutan Buat Ibu
Kelihatan si ibu seperti terkejut apabila melihat anak lelakinya yang berada di Mesir pulang selepas 4 tahun di sana.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Siapa sahaja yang tidak bahagia apabila menerima kejutan terutama jika ia diberikan dari individu yang sudah lama dirindui dan disayangi seperti anak.
Sejak tularnya virus Covid-19 di seluruh dunia, ia telah menyebabkan segelintir rakyat negara ini khusunya yang bekerja atau belajar di sana tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor.
Oleh itu, terdapat segelintir darinya mengambil kesempatan untuk pulang dengan memberikan kejutan buat keluarga mereka yang sudah lama menanti kepulangan tersebut.
Kakak buat kejutan buat ibu, bawa pulang adik dari Mesir
Perkara ini sama seperti yang dilakukan oleh adik-beradik ini apabila mereka membuat kejutan kepada ibunya dengan membawa pulang adik lelaki yang sudah empat tahun tidak pulang ke Malaysia.
Menerusi video dikongsikan di TikTok oleh @wellnota, pada awalnya mereka memaklumkan bahawa kakak mereka akan pulang. Si ibu kelihatan sangat teruja berjalan semasa ingin mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malah dia mengingatkan bahawa anak perempuannya itu mempunyai berita gembira untuk diberitahu kepada mereka.
“Sambil video call sambil mencari kakak dekat mana,” katanya sambil merakam ibunya sedang berjalan.
Ibu peluk anak lelaki sambil menangis
Namun si ibu tiba-tiba terhenti selepas melihat kelibat anak lelaki yang sudah lama tidak pulang dari Mesir kerana belajar di sana. Mereka kemudiannya berpelukan dan kelihatan ibu mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak mungkin kerana sudah lama merindukan anaknya itu.
“Berita baik yang sebenarnya, kakak terbangkan Luqman pulang untuk mama dari Mesir kembali ke Malaysia.
“2019 Luqman berhijrah ke Mesir demi menuntut ilmu, tapi disebabkan Covid-19 dia tidak dapat pulang untuk bercuti dan atas faktor kos pulang ketika itu tinggi.
“Dan kemungkinan besar untuk pulang semula ke Mesir sangat tipis, jadi dia bertekad untuk hanya menetap disana,” katanya.
Sudah lama menahan rasa rindu pada anak yang sudah 4 tahun tidak pulang
@wellnotaa Surprise yang berjaya! 4 tahun berjauhan, akhirnya bertemu kembali. Demi mama dan babah ❤️ #fyp #homecomingsurprise #malaysia
♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto
Menurut pengguna TikTok itu, setiap hari si ibu menahan rasa rindu dan kakak mereka berazam untuk membawa pulang adik lelaki mereka itu demi ibu dan ayahnya walau kepulangannya itu hanya seketika.
“Muka happy dapat suprise mama. Babah pula di dalam kereta ketika ini dan tak tahu anak lelaki dia yang balik,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen ramai yang sebak dan mengalirkan air mata dengan perkongsian tersebut serta memuji pengorbanan yang dibuat oleh seorang kakak untuk mengembirakan hati keluarganya.
“Tahniah untuk semuanya, kebahagian ibu adalah kebahagian sebenar”

“Awak buat saya menangis, rindu arwah ibu saya. Al-fatihah”

“Tak boleh tengok bab keluarga ni mesti banjir air mata”

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.