Now Reading
MOTAC Keluar Senarai Amaran 20 Entiti Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992

MOTAC Keluar Senarai Amaran 20 Entiti Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992

MOTAC dalam masa yang sama turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam memilih syarikat pelancongan.

MOTAC

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) hari ini (26 Januari) telah mengeluarkan senarai amaran entiti yang melanggar akta industri pelancongan 1992.

Menerusi hantaran Facebook Kementerian berkenaan, antara 20 agensi pelancongan yang terlibat adalah:

  • ABIR CONCEPT HOLIDAYS SDN BHD.
  • AL MUNAWWARAH AGENCY TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  • ANITHA SAI TOUR
  • AR RAYYAN HIJRAH GLOBAL SDN BHD
  • AS SHURAIM TRAVEL & TOURS SDN BHD
  • BIGSUMO TOUR & TRAVEL
  • HIDDAN TRAVEL SDN. BHD
  • IMPIAN TERBANG RESOURCES
  • MAYAVINPAYANAM
  • MEGA WIRA AGENCY SDN BHD
  • OOH CUTI
  • PRIYA TRAVEL & TOURS SDN BHD
  • SABAH TRIP HOLIDAYS
  • SALAM HAJI TRAVEL & TOURS SDN BHD
  • SHIVA TOURISM
  • HM IZ EMPIRE TRAVEL AGENCY
  • IZZ IKHWAN TRAVEL TOURS
  • ALWANI IZYAN SWAGSARANG
  • AS-SHAMS TRAVEL & TOURS
  • DOLPHIN ISLAND TRIP

MOTAC dalam masa yang sama turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam memilih syarikat pelancongan.

Anda juga boleh di LINK INI untuk mengetahui maklumat senarai agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

Mengulas lanjut, MOTAC juga meminta agar mana-mana entiti yang telah berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) atau mempunyai bukti-bukti bahawa tiada pelanggaran Akta Industri Pelancongan 1992 untuk berhubung dengan Kementerian di alamat:

Ia bertujuan untuk dikeluarkan daripada senarai di atas.


Panduan Penubuhan Syarikat / Agensi Pelancongan (Travel Agency).

Jika ada individu yang berminat untuk membuka syarikat / agensi pelancongan, prosedurnya adalah seperti:

  • Mengisi Borang 1 – Permohonan Baru Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan.
  • Sertakan fi proses sebanyak RM100.

Selain itu, terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan seperti dinyatakan di senarai semak permohonan.

Manakala antara syarat yang perlu dipatuhi pula adalah mempunyai modal berbayar mencukupi mengikut kawasan ingin beroperasi dan pengalaman Ahli Lembaga Pengarah atau Pemegang Saham dalam bidang pelancongan.

Bagi pecahan peratusan saham pula, jika melibatkan pegangan warga asing adalah sebanyak 70% (Warganegara) dan 30% (Warga asing). Terhad maksimum adalah 30% dan hanya bagi bidang Dalam Negeri (In-bound) dan Agensi Pengembaraan (Ticketing).

Piagam Pelanggan bagi kelulusan setiap permohonan lesen baharu perniagaan pengendalian pelancongan adalah 35 hari dari tarikh lengkap permohonan.

Manakala tahun kelulusan membaharui lesen adalah antara satu tahun sehingga tiga tahun – bergantung kepada syarat-syarat kelulusan membaharui lesen.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.motac.gov.my.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd