Now Reading
Pelanggan Komplain Nasi Tak Sedap, Pemilik Kedai Makan Buat Laporan Polis

Pelanggan Komplain Nasi Tak Sedap, Pemilik Kedai Makan Buat Laporan Polis

Menu Nasi Goreng Patayya itu telah dipesan oleh seorang pelanggan daripada kedai Asmani Tomyam Seafood, Alor Setar, Kedah berharga RM9.50 diikuti dengan RM4.00 caj penghantaran menjadikan total RM13.50 untuk hidangan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berniaga ini ada naik turunnya. Tidak semestinya kita sering berada di atas, ini kerana pelbagai halangan dan cabaran bakal dihadapi oleh peniaga. Tapi apa yang penting adalah untuk memastikan wang/hasil yang diterima adalah daripada sumber yang halal.

Bercakap tentang peniaga, pelanggan merupakan sumber rezeki. Oleh disebabkan itu, peniaga seringkali akan memberikan yang terbaik untuk berkhidmat dan melayan pelanggan mereka.

Pendek kata, servis layanan dan hidangan ‘top notch’.

Meskipun begitu, kedua-dua pihak haruslah memberikan kerjasama. Janganlah pelanggan ingin dilayan bab raja, peniaga pula janganlah berkeras kepala. Jika salah, akui sahaja. Sebab itulah wujudnya frasa ‘Customer Is Always Right’.


Pelanggan Komplain Nasi Goreng Patayya Tak Sedap, Pemilik Kedai Buat Laporan Polis

Walau bagaimanapun, lain pula jadinya apabila muncul kes terbaharu apabila seorang pengguna TikTok (@zirahrc) baru-baru ini telah memuat naik satu video berunsurkan aduan/komplain tentang Nasi Goreng Patayya yang dipesan olehnya menerusi aplikasi foodpanda.

Menu berkenaan dipesan olehnya daripada kedai Asmani Tomyam Seafood, Alor Setar, Kedah berharga RM9.50 diikuti dengan RM4.00 caj penghantaran menjadikan total RM13.50 untuk hidangan itu.

Zirah menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila nasi yang dipesan itu dikatakan seperti makanan orang sakit.

Tengoklah dapat nasi macam mana. Macam orang penyakit pun ada. Macam inikah harga nasi RM13.50 tu? Macam inikah hampa buat kerja, woi?

Zirahrc menerusi TikTok.

Nota: Menerusi pencarian kami, video asal telah dipadam oleh pemilik akaun TikTok tersebut. Walau bagaimanapun, pemilik kedai (@ridzuan_abdunloh13) ada menyunting kembali video berkenaan bersama-sama dengan penerangan mengenai kes ini.

Ridzuan menerusi video itu turut menjelaskan kepada pelanggan yang membuat aduan tersebut supaya memuat naik video penuh daripada nasi itu diterima, sehinggalah habis. Dan bukannya ambil video ketika nasi sudah hampir habis.

@ridzuan_abdunloh13 #stitch with @Zirah Rc ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Peka dengan komen berkenaan, pelanggan tersebut seterusnya membeli menu nasi itu buat kali kedua daripada kedai yang sama dan memuat naik video untuk dijadikan sebagai bukti bagaimana keadaan hidangan Nasi Goreng Pattaya yang dipesan olehnya.

Walau bagaimanapun, video itu juga sudah dipadam oleh pelanggan itu.


Laporan Polis Dibuat Oleh Peniaga

Kes ini tidak terhenti di situ sahaja, pemilik restoran iaitu Ridzuan telah membawa kes ini kepada pihak berkuasa dengan membuat laporan polis menyatakan bahawa perkara ini telah menganggu, mengancam dan merosakkan reputasi restoran miliknya.

Saya dah pun melakukan laporan polis. Saya tak pastilah sama ada dia tahu atau tidak tahu, ataupun buat-buat tak tahu bahawa perkara ini telah menganggu, mengancam, dan merosakkan reputasi kedai saya. Saya masih lagi tak terima maklum balas daripadanya. Jika hal ini berterusan, saya akan proceed ke next step lah. Terima kasih.

Ridzuan Abdunloh menerusi TikTok.
@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Apa-apa pun, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik di antara peniaga dan pelanggan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd