Now Reading
“Woi, Ni Mak Aku!” – Lelaki Tampil Nafi Fitnah Konon Ibunya Kutip Pokok Di Royal Floria Putrajaya

“Woi, Ni Mak Aku!” – Lelaki Tampil Nafi Fitnah Konon Ibunya Kutip Pokok Di Royal Floria Putrajaya

Keadaan menjadi semakin keruh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu hantaran yang mendakwa seorang wanita berbaju dan bertudung merah telah membawa pulang pokok-pokok yang dipamerkan di Anjung Floria.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, minggu ini merupakan musim cuti sekolah dan akan berakhir pada 11 September seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Oleh itu, ibu bapa berpeluang untuk membawa anak-anak mereka melawat Royal Floria Putrajaya 2022 di Putrajaya. Tambahan pula, mulai 4 September, acara itu dilanjutkan sekali hingga 6 September dan kini dilanjutkan lagi hingga 11 September.

Apa yang berbeza sekarang adalah tiket yang sebelum ini berharga RM15/seorang (dewasa) dan RM5/seorang (kanak-kanak), kini tidak lagi kerana masuk adalah PERCUMA bermula 7 September 2022.

BACA JUGA: Pantai Floria Di Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai

Komponen dan pameran yang masih dikekalkan sehingga 11 September 2022 adalah:

  • Taman Diraja.
  • Taman Keluarga Malaysia.
  • Taman PPJ.
  • Taman Koboi.
  • Taman Kaktus.
  • Taman Bromeliad.
  • Dinding Okid.
  • Sky Walk.
  • Oncidium Tunnel.
  • Dendro Walk.
  • Vanda Walk.
  • Laluan Bunga Semusim.
  • Meadow.
  • Pantai Floria.
  • Semua kawasan awam.
  • Semua pencahayaan awam pada waktu malam.
  • Fun Zone.
  • Food truck & F&B outlet.
  • Surau dan tandas awam.

Manakala, komponen yang ditutup dan kerja-kerja pengemasan adalah:

  • Floral Pavilion.
  • University Garden.
  • Laman Seni.
  • Garden Bazar (jualan pokok/landskap).

Royal Floria Putrajaya Beri Amaran Untuk Tidak Ambil Pokok-pokok Bunga Di Anjung Floria

Baru-baru ini, Royal Floria Putrajaya menerusi hantaran di Facebook mereka telah memberikan amaran supaya orang ramai/pengunjung tidak mengambil pokok-pokok bunga di Anjung Floria supaya pengunjung lain juga dapat menikmati keindahan bunga-bunga yang dipamerkan.


Kecoh Di Media Sosial

Hantaran berkenaan nyata meraih perhatian rakyat Malaysia yang turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

“Mencuri la ceritanya tu,” tulis seorang individu di ruangan komen. Malah ada juga membuat tuduhan yang tidak berasas di mana mereka mengatakan bahawa yang ditangkap pula bertudung labuh, siap berstokin.

Keadaan menjadi semakin keruh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu hantaran yang mendakwa seorang wanita berbaju dan bertudung merah telah membawa pulang pokok-pokok yang dipamerkan di Anjung Floria.

“Orang tak abis lagi melawat Floria tu, korang dah start kutip pokok bunga bawak balik. Nak kata perangai B40, korang naik Estima. Free entry, bukan free pokok bunga,” menurut tweet yang dimuat naik dan menerusi pencarian kami, tweet tersebut telah dipadam oleh pemilik Twitter berkenaan.


Anak Berang, Ibu Difitnah

Lebih mengeruhkan keadaan, seorang pengguna Twitter iaitu Amir Ashraf telah tampil membalas tweet berkenaan dengan penjelasan bahawa wanita di dalam tweet tular tersebut adalah ibunya.

Mengulas lanjut, dia mengatakan ibunya membeli kesemua pokok yang dijual beserta dengan resit dan bukan ‘kutip’ secara percuma seperti yang didakwa sebelum ini.

Malah, menerusi tweet sama, dia turut menyertakan resit sebagai bukti pembelian pokok tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati majoriti pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan individu yang menyebarkan sesuatu yang tak pasti, tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil daripada kes seperti ini adalah untuk tidak menyebarkan sesuatu yang tidak sahih di media sosial.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd