Now Reading
“Jadilah Seperti Bulu Ketiak…” – Wanita Ini Dedah Tolak 2 Kerja Di Korea Sebab Kena Buka Tudung

“Jadilah Seperti Bulu Ketiak…” – Wanita Ini Dedah Tolak 2 Kerja Di Korea Sebab Kena Buka Tudung

Wanita berkenaan menolak dua tawaran kerja pada tahun lalu kerana majikan memintanya untuk menanggalkan tudung ketika bekerja di dalam premis mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang pelajar wanita warganegara Malaysia yang menuntut di Korea Selatan mendedahkan bahawa bukan mudah untuk wanita berhijab sepertinya untuk mendapatkan pekerjaan sambilan di negara itu.

Menerusi TikTok, wanita itu berkongsi pengalamannya menolak dua tawaran kerja pada tahun lalu kerana majikan memintanya untuk menanggalkan tudung ketika bekerja di dalam premis mereka.

Dalam video itu, pengguna TikTok, @kimseri_aina berkata, rakan sebiliknya, warga Indonesia bukan Islam memberitahunya terdapat kekosongan jawatan di kilang tempat dia bekerja.

Wanita berkenaan telah pergi ke kilang itu untuk sesi temu duga pada hari berikutnya. Dia menjelaskan bahawa temu bual itu berjalan lancar, tetapi bos memberitahunya bahawa dia boleh bekerja di sana dengan satu syarat – dia tidak boleh memakai tudung di dalam kilang.

Begitu juga, dia diberitahu tidak boleh memakai tudung pada waktu bekerja apabila memohon kerja sambilan sebagai pembantu di dapur yang ditemui menerusi aplikasi media sosial Kakao Talk.

Setelah menghantar kad pengenalannya (ID) kepada penemuduga, dia ditanya sama ada dia beragama Islam kerana foto IDnya menunjukkan dia memakai tudung.

Tanpa menafikannya, penemuduga berkenaan lantas berkata bahawa dia tidak boleh memakai tudung semasa bekerja di restoran.

Dia kemudian berkata bahawa dia menolak kedua-dua pekerjaan kerana dia tidak mahu menanggalkan hijabnya semasa bekerja.

Wanita itu juga menambah bahawa dia tidak sedih sama sekali mengenai perkara itu, mengatakan bahawa dia berpegang pada pepatah ini: “Jadilah seperti bulu ketiak, walaupun (ia tumbuh) di ruang yang sempit dan sering dicukur, ia terus tumbuh tebal.”

Video tersebut kini berjaya meraih lebih 2.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@kimseri_eina Replying to @ziah0058 orang Korea ambil ke pekerja pakai hijab? #studyinkorea #studyabroad #kimseridiseoul ♬ original sound – KIM SERI 세리

Ramai Setuju Tindakan Wanita Ini

“Sangat puitis dan makan dalam ayat last tu…” tulis seorang pengguna TikTok.

Tapi tak dinafikan, kelakar juga perumpamaan yang diberikan menerusi ayat berkenaan. Tak sangka, terhibur hati kami baca. ‘Deep’ pula tu!

Tidak kurang juga ramai yang memuji tindakannya yang sanggup menolak pekerjaan berkenaan dan mempertahankan auratnya sebagai seorang wanita Muslim.

Salute!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd