Now Reading
[Video] “Tolong Kutip Pemandu Bas Tu” – Insiden Bas Rapid Penang ‘Makan’ Jalan Buat Ramai Berang

[Video] “Tolong Kutip Pemandu Bas Tu” – Insiden Bas Rapid Penang ‘Makan’ Jalan Buat Ramai Berang

Insiden tersebut telah berlaku melibatkan sebuah kereta, motosikal dan juga bas Rapid Penang di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau.

bas rapid penang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, pelbagai jenis kemalangan ngeri dilaporkan. Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran juga mengalami situasi yang sama. Walaupun kita sudah memandu secara berhemah, disebabkan oleh kecuaian orang lain ketika memandu, orang lain pula menjadi mangsa.

Sebab itulah jikalau anda tidak ‘fit’ untuk memandu, janganlah memegang stering kereta. Ambil pengangkutan awam ataupun elakkan memandu dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

Nanti bukan anda sahaja yang kena, orang lain pula jadi mangsa keadaan.

Bas Rapid Penang ‘Makan’ Jalan, Rempuh Sebuah Kereta & Motosikal

Semalam (1 Ogos), berlakunya satu insiden yang melibatkan sebuah bas Rapid Penang, sebuah kereta jenis Perodua Kenari dan juga sebuah motosikal.

Menerusi video yang mula tular di media sosial ketika ini, jelas menunjukkan bahawa bas Rapid Penang berkenaan ‘memakan’ jalan sehingga menyebabkan Perodua Kenari tersebut terbabas dan terbalik di penghadang jalan.

Manakala, jika dilihat dengan teliti, sebuah motosikal yang berada di belakang Perodua Kenari itu turut menjadi mangsa keadaan apabila terkena impak pelanggaran dua-dua buah kenderaan tadi.

Lebih merisaukan, motosikal yang mengikuti belakang kereta Perodua Kenari itu lesap dari pandangan seolah-olah ianya tercampak.

@utusantvofficial Bas "makan jalan" di Jalan Tun Sardon Balik Pulau | HK Lim | 1 OGOS 2022. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Mysterious – Andreas Scherren

Rapid Penang Beri Kenyataan

Justeru, Rapid Penang menerusi kenyataan di Facebook milik mereka memberikan kenyataan berhubung insiden tersebut sekitar 22 jam lalu.

“Sebuah bas Rapid Penang terlibat dengan satu kemalangan di Jalan Tun Sardon pagi ini. Dalam kejadian yang berlaku, pada jam 6.41 pagi, sebuah kereta jenis Perodua Kenari berwarna putih yang dinaiki oleh lelaki dan wanita telah berlanggar bahagian hadapan bas Rapid Penang laluan T502. Sebuah motosikal juga terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Walau bagaimanapun, kapten bas berserta seorang penumpang yang berada dalam bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital yang berdekatan.”

Kenyataan berkenaan turut memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Daerah Timur Laut.

Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Kenyataan Rapid Bus.

Orang Ramai Mula Mempersoalkan Insiden Bas Rapid ‘Makan’ Jalan

Menjengah di ruangan komen video tersebut, rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan kejadian yang dilihat. Ini kerana menurut mereka, ia secara terang-terangan bas berkenaan telah memasuki laluan Perodua Kenari, dan melanggar mereka sehingga terbabas dan terbalik.

Malah, ramai juga yang melahirkan kerisauan terhadap penunggang motosikal berkenaan. Mana tidaknya, kereta yang dirempuh pun boleh terbalik, apatah lagi motosikal.

Diharapkan insiden seperti ini disiasat dengan adil oleh pihak yang berkuasa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd