Hasil Perkahwinan Sumbang Mahram: Bayi Lelaki Maut Akibat Masalah Genetik
Bayi tidak bernama itu lahir pada 4 Jun 2022 dengan pelbagai kecacatan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Satu kejadian menyayat hati telah berlaku di Dustlik, Uzberkistan baru-baru ini apabila seorang bayi malang tidak berdosa telah dilahirkan hasil daripada perkahwinan/hubungan sumbang mahram.
Bayi berkenaan dipercayai mengalami masalah genetik yang parah.
Menurut portal Daily Star, bayi berkenaan telah dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu dan dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran oleh kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik.
Ibu bayi yang dilahirkan pada 1994 dikatakan mengandung 35 minggu dan empat hari ketika dia melahirkan bayi berkenaan, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun.
Bayi malang itu merupakan anak kedua kepada wanita tersebut. Anak pertama dilahirkan hasil hubungan dengan suami terdahulu dan kehamilan itu normal, bayi juga dilaporkan cukup sifat.
Kecacatan Mengancam Nyawa
Bayi berkenaan dilahirkan dengan Kongenital Iktiosis yang teruk dan kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai mengancam nyawa.
Lebih menyedihkan, meskipun pakar dan doktor telah berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkannya, bayi itu meninggal dunia dua jam 10 minit selepas dilahirkan.
Saat-saat terakhir bayi itu menangis di dalam inkubator sempat dirakam kamera sewaktu seorang jururawat sedang mengelap punggung anak malang itu yang kering dan bersisik. pic.twitter.com/OjRsZV3Uq0
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) July 4, 2022
Kecacatan Genetik Akibat Perkahwinan Saudara Terdekat
Kementerian Kesihatan Uzbekistan turut menjelaskan bahawa dalam bidang perubatan, terbukti dalam kebanyakan kes kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan membabitkan saudara terdekat.
Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk.
Kementerian Kesihatan Uzbekistan.
Pihak KKU turut menggesa golongan muda yang kini sedang membuat persiapan untuk berkahwin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengelakkan daripada berkahwin dengan saudara terdekat.
Itu yang paling penting.
Apa Itu Iktiosis?
Kongenital Iktiosis dikenali sebagai penyakit kulit yang diwarisi dan mempunyai ciri kulit merah, kering serta kasar dengan ‘sisik’ putih kasar dan halus yang besar.
Dalam bahasa Yunani, ‘Ichthus’ membawa maksud ‘Ikan’.
Ia merupakan sejenis penyakit yang akan menyebabkan kulit seseorang sentiasa kering, bersisik, dan tebal.
Apa Itu Ichthyosis?
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) July 4, 2022
ICHTHYOSIS berasal daripada bahasa Yunani ‘ichthus’ yang bermaksud ‘ikan’.
Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan kulit sentiasa kering, bersisik, dan tebal. pic.twitter.com/hx9xTx3y31
Meskipun bayi berkenaan selamat dilahirkan, sekiranya dia hidup, kanak-kanak ini akan menderita daripada penyakit berbahaya seperti:
- Kerencatan akal kongenital.
- Kecacatan kromosom.
- Sindrom Down.
- Kerencatan fizikal yang teruk.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.